SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Sunday, October 10, 2010

Tambah Senang, Kurang Tenang

Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua.

Lelaki itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis?”

Anak itu menjawab, “Duit saya hilang.”

“Berapa jumlah duit kamu hilang?” orang tua itu bertanya lagi.

“Lima puluh sen,” anak itu menjawab sambil teresak-esak

Kasihan budak itu menangis, orang tua itu pun menyeluk poketnya dan memberikan lima puluh sen kepada anak itu.

“Nah, ini ganti duit kau yang hilang. Dah, jangan menangis lagi.”

Ia terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menangis dengan lebih kuat.

“Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pak cik ganti?”

“Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang Cuma ada lima puluh sen aja,” jawabnya dan terus menangis.

Apakah pengajaran yang kita dapat melalui kisah ini?

Renung-renungkanlah………

4 comments:

  1. bersykurlah dengan apa yang kita peroleh...

    sebb kadang2 kita xboleh nak penuhi semua kehendak dan keperluan kita...

    ReplyDelete
  2. begitulah...kita mesti bersyukur dengan apa yang kita miliki..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails