SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Sunday, May 15, 2011

OSAMA MENYIMPAN FILEM PORNO

Dua pegawai Amerika Syarikat semalam mendakwa kononnya filem lucah adalah antara barangan yang dirampas oleh komando tentera negara itu yang menyerbu kediaman Osama bin Laden (gambar) dua minggu lalu.

Pegawai berkenaan berkata, mereka tidak dapat memastikan siapa sebenar pemilik bahan itu atau sama ada Osama menontonnya.


Anak Osama dan dua lelaki yang menjadi perantaranya juga tinggal di kediaman itu, kata pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Osama dan ketiga-tiga lelaki itu dibunuh dalam serangan berkenaan.


Bahan lucah itu dirampas di samping jurnal tulisan tangan, lima komputer, 10 cakera padat dan 110 pemacu pena yang kini dianalisis oleh pasukan diketuai CIA.


Pegawai berkenaan juga berkata, mereka tidak pasti di bahagian mana dalam rumah itu bahan lucah berkenaan ditemui. Bagaimanapun, menurut mereka, ia terdiri daripada rakaman video elektronik dan moden dan jumlahnya agak banyak.

Amerika Syarikat sebelum ini melaporkan, kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan, tempat pemimpin al-Qaeda itu dibunuh, tidak mempunyai sambungan Internet atau rangkaian komunikasi canggih.


Pegawai Amerika juga mendakwa kononnya jurnal itu turut mengandungi rancangan Osama untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails