Dua tahun lalu, mereka pernah bertemu pada sebuah majlis. Namun ketika itu, kedua-duanya sedikit pun tidak pernah menjangkakan mereka akhirnya akan menaiki pelamin bersama. Bak kata orang tua-tua, jodoh pertemuan memang hanya Tuhan yang mengetahuinya.
Walaupun pertemuan pertama tidak membibitkan bunga-bunga cinta, namun suratan takdir memang mengatakan kedua-duanya akan bersatu juga. Lalu, pada 15 Mei lalu, pelawak terkenal, Yassin Yahya sah bergelar suami kepada peminatnya sendiri, Farahwahida Maharidan, 32.
Yassin ketika dihubungi Hip memberitahu, dia dan isterinya disatukan setelah hubungan cinta mereka terjalin selama tujuh bulan saja. Dia sendiri enggan menunggu lama kerana berasakan keserasian jelas terjalin antara mereka berdua.
No comments:
Post a Comment