BEBERAPA hari lalu, teman baik SS menghubungi gara-gara dia ada menonton program hiburan menampilkan seorang artis lelaki popular.
Kata rakan SS, artis itu ada mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menimbul tanda tanya pada dirinya.
Kata teman SS itu, si artis memaklumkan dia sudah sedia menjadi ayah kepada anak dikandung isterinya. Kalau sekali dengar memang ia seperti ayat biasa. Tetapi, jika diteliti kenapa si artis perlu memaklumkannya kerana mereka suami isteri yang sah.
Apabila sudah berumah tangga, memang wajar seorang wanita mengandung. Jadi, sama ada sedia atau tidak sekiranya doktor mengesahkan si isteri hamil, memang ia adalah zuriat daripada suaminya. Lainlah, kalau hamil dulu sebelum nikah.
Mendengar hujah rakan baik SS itu, ada benarnya juga.
Sudah namanya anak sendiri, perlu ke sedia? Apapun, SS hanya berfikir baik saja dan barangkali juga si artis terlalu teruja hendak bergelar bapa. Maklumlah, nak sambut kelahiran anak pertama.
Bagi SS, artis kalau menjawab soalan bukan semua yang diperkatakan lancar. Ada kalanya, tergeliat lidah juga hingga boleh menyebabkan orang lain yang mendengar membuat tafsiran salah dan jadi keliru. Lumrah seorang manusia yang tidak sempurna.
Apapun, SS doakan isteri si artis selamat melahirkan anak mereka. Sama ada dapat anak lelaki atau perempuan, tak perlulah kisah apa jantinanya.
Ini kerana, apa yang paling penting bagi SS ialah si ibu dan anaknya berada dalam keadaan selamat dan sihat.
No comments:
Post a Comment