INFO TERKINI
Thursday, May 23, 2013
Tuesday, May 21, 2013
RITA RUDAINI MELAHIRKAN ANAK DENGAN SUAMI BARU
RITA ADA SUAMI BARU KE?
APABILA SAYA MEMBACA BERITA HARIAN, SAYA MEMBACA TAJUK SAHAJA "PERMATA HIDUP RITA". SAYA INGAT RITA RUDAINI MELAHIRKAN ANAK. RUPA-RUPANYA RITA LAIN.HEHEHE.....
Kelahiran anak sulung, Raees tambah keceriaan hidup pewaris
empayar produk kecantikan, Novelle Visages
Kehadiran cahaya mata pertama, Kaisar Raees Kamarulazlan
Mohamad Hanafiah, 8 bulan, melengkapkan kehidupan pewaris empayar produk
kecantikan Novelle Visages Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan suaminya,
Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Kaisar dalam bahasa Arab bermaksud raja, manakala Raees
bererti ketua atau pemimpin. Gabungan nama yang cukup indah dan unik ini
sesungguhnya memberi lembaran baru kepada Dekritawati yang lebih mesra
dipanggil Rita apabila bergelar ibu.
Rita tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bercerita
mengenai anaknya yang juga cucu sulung kepada Allyarhamah Datuk Sosilawati
Lawiya, menjelaskan Raees yang dilahirkan pada 26 September lalu, jam 3.45
petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.5 kilogram,
meningkatkan naluri keibuannya.
Beliau begitu teruja dan gembira mahu melihat cahaya matanya membesar dengan sempurna. "Kali pertama memegang anak sendiri, saya rasa saat dan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Saya mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Perasaan bercampur-baur dan ketika itu barulah saya tahu bagaimana perasaan kasih sayang seorang ibu.
“Saya melahirkan anak secara normal. Proses bersalin memang sakit. Tapi kesakitan itu hilang tatkala dapat menatap dan mendengar tangisan zuriat kami,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Penjagaan anak
Sebagai ibu muda, pengalaman menjaga bayi memang agak mencabar dan terasa kekok. Masalah biasa dihadapi seperti ketika memandikan bayi, bagaimana ingin mententeramkannya apabila menangis atas sebab yang tidak pasti.
"Saya akui minggu pertama kelahiran, Raees kerap menangis. Kali pertama bergelar ibu, saya rasa sedikit panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan tambahan pula tanpa ibu di sisi," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak patah semangat untuk terus mempelajari cara mengendalikan bayi dan kerap bertanya doktor serta jururawat di hospital.
"Sepanjang di hospital, jururawat dan doktor banyak membantu dan mengajar saya bagaimana menjaga, menguruskan dan menyusukan bayi. Walaupun saya sudah menyertai kelas ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi ilmu mengurus adalah lebih baik dan praktikal ketika anak di depan mata.
“Kelakarnya, kali pertama Raees menangis dan saya terus memanggil jururawat. Rupa-rupanya tangisan itu disebabkan bayi sejuk dan lapar. Kadang kala saya tergelak sendiri bila mengenangkan peristiwa itu,” katanya.
Bagaimanapun, selepas dua bulan, tidak lagi rasa kekok dan sudah biasa berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampin bayi.

MALAYSIA KEPUNYAAN ANWAR IBRAHIM KETUA PKR
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak
menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.
Dalam nada marah, Ahmad Zahid menegaskan bahawa negara ini
juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang
bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.
"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu
spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
Anwar yang membidas artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mei
lalu yang bertajuk Perhimpunan Haram Sebab Tak Terima Hakikat Gagal Kuasai
Putrajaya.
ZALIF SIDEK BERCINTA DENGAN FIDA
KISAH hubungan pelakon Zalif Sidek dan Fida Ibrahim lenyap
seketika apabila muncul dakwaan campur tangan orang ketiga dalam hubungan
mereka beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, pada hujung minggu lalu menerusi ruangan pojok
sebuah akhbar tempatan menyiarkan perkembangan terbaharu dua pelakon muda itu
yang khabarnya telah kembali berbaik.
Zalif yang ditemui ketika tayangan perdana filem Bikers
Kental di Cathay Cineleisure, e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini
mengesahkan khabar berkenaan.
Katanya, dia dan Fida kini kembali menjalinkan hubungan
seperti sebelum ini dalam erti kata lain hubungan 'sekadar berkawan' kembali
terjalin.
"Saya terkejut sebenarnya dengan kenyataan itu kerana
saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan kami.
"Ya, saya akui saya berkawan baik dengan dia dan
sebelum ini pun kami berenggang seketika kerana sibuk dengan kerja.
"Selain itu, kisah hubungan kononnya ada orang ketiga
dalam hubungan kami menyebabkan kami mengambil masa sekejap untuk berjauhan.
Sampai sekarang saya tidak tahu siapakah individu itu," ujarnya.
Dalam pada itu, kata Zalif, mereka masih berkomunikasi seperti
sebelum ini tapi hanya melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas
(SMS).
Zalif didakwa berjumpa semula dengan Fida serta mengenakan
pakaian warna sedondon ketika menghadiri sebuah majlis doa selamat sekitar
bulan Mac lalu dan semenjak itu hubungan mereka kembali bertaut.
"Saya diundang untuk menghadiri majlis doa selamat
kawan saya dan tidak merancang untuk memakai baju Melayu berwarna hijau yang
secara tidak langsung sama dengan Fida ketika itu. Ia hanya kebetulan,"
tambah Zalif yang kini sibuk dengan pembikinan filem Jangan Pandang Belakang
Boleh arahan Ismail Bob Has him.
Ungkap Zalif, sebelum majlis doa selamat itu, dia telah
berjumpa dengan Fida di sebuah acara anjuran Finas di Kelantan untuk berbincang
masalah hubungan mereka.
"Kami bersemuka dan berbincang masalah sebenar yang
terjadi antara kami. Selagi perkara boleh diselesaikan saya akan cuba
selesaikan dan elak daripada berkongsi dengan orang luar.
"Saya seorang yang jujur dan kalau saya menyukai
seseorang saya akan cakap suka. Memang dari awal lagi saya suka Fida.
"Saya suka akan penampilannya, cara bekerja dan
kehidupan peribadinya. Sekarang kalau boleh sekadar mahu berkawan rapat dan
kenal satu sama lain," katanya yang belum sempat berjumpa Fida dalam
tempoh terdekat.
Ditanya adakah peraturan kontrak dalam Metrowealth
menyebabkan dia mengambil tindakan untuk tidak mengiakan hubungan cinta dengan
Fida, kata Zalif urusan kerja dan peribadi adalah perkara berbeza.
"Ketika menandatangani kontrak dengan Metrowealth, saya
dinasihatkan untuk berterus-terang sekiranya meminati seseorang kerana bimbang
kontroversi akan menjejaskan produksi.
"Perkara utama saya sekarang adalah kerjaya, bukan
kerana terikat dengan MIG. Kalau itu jodoh saya apa daya saya untuk
mengelak," simpul Zalif.
Monday, May 20, 2013
HARGA KERETA TURUN 2013
BILAKAH AGAKNYA KERETA TURUN?
PERDANA MENTERI MENYATAKAN BAHAWA KERETA TURUN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT.
KERETA TURUN 20% IALAH
Subscribe to:
Posts (Atom)