SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, March 21, 2011

LIBYA DISERANG

LIBYA DISERANG OLEH KUASA-KUASA BESAR


Selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur.
Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.

Sunday, March 20, 2011

LANGKAH MENGATASI KEBOCORAN LOGI NUKLEAR

TIMBUS LOGI NUKLEAR DENGAN PASIR


Jurutera Jepun semalam mengaku menimbuskan loji nuklear dengan pasir dan konkrit mungkin menjadi jalan terakhir untuk menghalang bencana kebocoran radiasi. Ia sama dengan cara yang digunakan untuk menutup kebocoran loji nuklear Russia di Chernobyl pada 1986. Bagaimanapun, mereka masih menaruh harapan untuk menyelesaikan krisis itu dengan memasang kabel tenaga pada sekurang-kurangnya dua reaktor untuk memulakan semula pengepaman air bagi menyejukkan rod bahan api nuklear yang mencapai tahap kepanasan melampau.

Petugas juga menyimbah air pada reaktor ketiga, yang paling kritikal di antara enam reaktor di loji nuklear Fukushima itu. Ini kali pertama syarikat pengendali loji berkenaan mengaku menimbus keseluruhan kompleks loji itu mungkin menjadi satu pilihan. Ia menggambarkan tindakan sementara seperti mencurah air dari udara dengan mengguna helikopter atau melancarkan semula pam penyejuk mungkin tidak akan berjaya.

“Bukan sesuatu yang mustahil untuk menimbus reaktor itu dalam konkrit. “Tetap keutamaan kami ketika ini ialah cuba menyejukkannya terlebih dulu,” kata seorang pegawai syarikat Tokyo Electric Power pada satu sidang akhbar. Ketika Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 magnitud dan tsunami setingi 10 meter yang memusnahkan bandar pesisir pantai serta meragut ribuan nyawa, krisis nuklear paling buruk dunia selepas Chernobyl masih belum dapat diatasi.

Jutaan penduduk di Tokyo masih bekerja dari rumah kerana bimbang terkena zarah radioaktif dari loji di Fukushima yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara negara itu. Tahap radiasi yang dicatatkan di loji itu tidak memberi ancaman serta-merta kepada kesihatan manusia,” kata Michael O’Leary, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China. 

Saturday, March 19, 2011

10 NEGARA TERKAYA DI DUNIA

10 Negara Terkaya di Dunia dengan PNB tertinggi per kapita, berdasar data terbaru Bank Dunia, seperti dikutip dari laman Daily Finance:


 1. Luxemburg
PNB per kapita: $58,810
Tingkat buta huruf: 1%
Tingkat pengangguran: 4,8%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 3,7%


 2. Norwegia
PNB per kapita: $55,190
Tingkat buta huruf: 0%
Tingkat pengangguran: 1,7%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 6,7%


 3. Kuwait
PNB per kapita: $53,390
Tingkat buta huruf: 6%
Tingkat pengangguran: 1,3%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 3,8%


 4. Macau
PNB per kapita: $52,410
Tingkat buta huruf: 7%
Tingkat pengangguran: 3%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 2,2%


 5. Brunei PNB per kapita: $50,920
Tingkat buta huruf: 5%
Tingkat pengangguran: 3,7%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 3,7%


 6. Singapura
PNB per kapita: $50,780
Tingkat buta huruf: 5%
Tingkat pengangguran: 3,95%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 2,2%


 7. Amerika Syarikat
PNB per kapita: $46,760
Tingkat buta huruf: 1%
Tingkat pengangguran: 9,6%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 5,6%


 8. Hong Kong
PNB per kapita: $44,090
Tingkat buta huruf: 3,4%
Tingkat pengangguran: 3,6%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 3,3%


 9. Switzerland
PNB per kapita: $43,440
Tingkat buta huruf: 1%
Tingkat pengangguran: 4%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 5,3%



10. Belanda
PNB per kapita: $40,940
Tingkat buta huruf: 1%
Tingkat pengangguran: 3%
Anggaran belanja pendidikan per PDB: 5,5%

Friday, March 18, 2011

BANDAR RAYA TOKYO SEPI

BANDAR TERSESAK MENJADI SEPI





TOKYO, Jepun - Bandar raya ini yang merupakan antara yang paling sesak di dunia kini sepi seperti bandar hantu semalam dengan lokasi-lokasi tumpuan ramai termasuk restoran sushi dan kedai mi bertukar menjadi lengang.

Kebanyakan sekolah ditutup manakala pekerja-pekerja sektor swasta dibenarkan berada di rumah.

Lapangan terbang-lapangan terbang di sini pula dipenuhi dengan orang ramai berbaris panjang untuk menunggu penerbangan keluar dari sini.

Situasi itu berlaku ketika pihak berkuasa Jepun bertungkus-lumus untuk mengelak negara itu ditimpa bencana nuklear akibat empat letupan di loji nuklear Fukushima yang bermula pada minggu lalu.

Loji nuklear tersebut yang dimiliki Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), terletak 240 kilometer dari bandar raya ini.

"Lihatlah sendiri, keadaan dalam bandar raya ini lengang seperti pada hari Ahad, langsung tiada kereta," kata seorang pemandu teksi berusia 62 tahun, Kazushi Arisawa ketika menunggu lebih sejam di luar sebuah menara pejabat yang mana sebelum ini, dia boleh mendapat pelanggan dalam masa cuma beberapa minit.

Kebanyakan penduduk di sini menyimpan makanan dan memilih untuk berada di rumah.

Thursday, March 17, 2011

BAHAYA RADIASI LOGI NUKLEAR JEPUN

 PAKAR KAJI CUACA


 KEBOCORAN RADIASI NUKLEAR


PENDUDUK JEPUN MEMASAK MAKANAN DI LUAR RUMAH


Loji nuklear di Fukushima-Daiichi, Fukushima dibiarkan kosong beberapa jam semalam selepas peningkatan radiasi memaksa pekerja-pekerja kecemasan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Keadaan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menembak meriam air dalam usaha untuk menyejukkan beberapa reaktor nuklear yang terbakar di loji berkenaan.

Semua 50 pekerja kecemasan yang bertungkus- lumus cuba menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu berundur beberapa ratus meter dari loji Fukushima-Daiichi selepas tahap radiasi menjadi terlalu merbahaya.

Sebelum ini terdapat empat letupan yang berlaku di reaktor tersebut. Kadar tinggi radiasi itu kemudian menurun semula pada malam semalam.

Bagaimanapun, Menteri Industri Perancis, Eric Besson mendakwa Jepun gagal mengawal situasi di Fukushima dan negara itu kini di ambang malapetaka nuklear.

"Tidak perlu lagi berdolak-dalik. Mereka (kerajaan Jepun) telah gagal mengawal situasi di Fukushima. Ini adalah pendapat kami walaupun ia bukan apa yang dikatakan oleh mereka," ujarnya.

Pemerintah Perancis turut menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada hari yang sama, beberapa buah helikopter tentera gagal menyelesaikan misi untuk menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan kaedah mencurahkan air dari udara.

Sebelum itu, pasukan-pasukan kecemasan terbabit mengepam air laut ke dalam reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan jentera bomba tetapi usaha tersebut terhenti seketika selepas mereka berundur.

Sebanyak empat reaktor loji nuklear Fukushima yang terletak 240 kilometer dari sini, mengalami kerosakan sejak gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami melanda Jepun pada Jumaat lalu.

Kebimbangan berlakunya kebocoran radiasi menyebabkan kerajaan Jepun memindahkan 180,000 penduduk yang tinggal di sekitar loji itu.

Lebih 140,000 lagi penduduk yang berada dalam lingkungan 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima-Daiichi diminta tidak keluar rumah.

Sementara itu, pihak berkuasa keselamatan Perancis menyatakan, krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi kini berada pada tahap enam dan semakin menghampiri kemalangan nuklear di Chernobyl pada 1986.

Tsunami yang berlaku pada Jumaat lalu itu dianggarkan meragut lebih 10,000 nyawa.

Angka kematian masih belum diketahui kerana anggota-anggota penyelamat masih belum melakukan kerja-kerja mencari di semua kawasan yang musnah akibat ombak setinggi 10 meter.

Sementara itu, salji yang turun semalam di kawasan bencana menyukarkan lagi kerja-kerja untuk mencari mangsa yang terselamat dalam tragedi tsunami.

Satu lagi gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter turut melanda Jepun semalam.

Gempa bumi itu berpusat 96 kilometer ke timur Tokyo dan gegaran dapat dirasakan di timur negara ini.

Ia berpusat dalam Lautan Pasifik pada kedalaman 25 kilometer pada pukul 12.52 tengah hari waktu tempatan. Namun, amaran tsunami tidak dikeluarkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails