SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, May 12, 2014

MANCHESTER CITY JUARA MUSIM 2013/2014







Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tiga tahun selepas menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, malam tadi.

City yang hanya perlu seri menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United yang bermain dengan sembilan orang.

Samir Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48.

Kemenangan ini menyaksikan City menjaringkan sebanyak 102 gol musim ini dan hanya kekurangan satu gol untuk menyamakan rekod Chelsea pada musim 2009/10.
Foto

PEMAIN Manchester City meraikan kemenangan liga. FOTO EPA


Warga Chille Manuel Pellegrini juga adalah pengurus pertama dari luar Eropah yang berjaya membimbing pasukannya ke takhta EPL.


Di Anfield, suasana diam seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada babak pertama tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana Inggeris.

Dua lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menang ke atas lawan masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok ter atas liga.

Dengan keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan kelayakan.

Sementara itu, tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff bakal tersingkir ke Liga Kejua raan musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails