PERLANCARAN KELAB PEMBINAAN CIDB DI SMK BANDAR BINTULU PADA 24 JUN 2013
INFO TERKINI
Tuesday, June 25, 2013
Saturday, June 1, 2013
ARIEL PETER PAN DAN LUNA MAYA TIDAK MENGAKU MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
ARIEL PETER PAN
LUNA MAYA
Biarpun dikecam keras oleh pihak media Indonesia, nampaknya
Ariel dan kekasihnya, Luna Maya masih taknak mengaku yang video itu mereka.
Secara logiknya, alasan mereka “pelanduk dua serupa” memang boleh diterima tapi
mana mungkin sampai kedua-dua orang pelanduk dua serupa? Apa lagi jika ingin
mengatakan ianya superimpose? Langsung tak boleh diterima akal kerana
superimpose mudah dibuat pada gambar tetapi tidak mudah pada video kamera cap
ayam seperti itu
PENGARAH FILEM LUNA MAYA BERCINTA DENGAN AARON AZIZ
ADAKAH BENAR PERNYATAAN DI ATAS? RAMAI BLOGGERS YANG MENYATAKAN BAHAWA LUNA MAYA TELAH JATUH HATI DENGAN PELAKON TERKENAL AARON AZIZ.
LUNA MAYA
AARON AZIZ
PUNCA KEJADIAN BOT KARAM: TIADA JALAN RAYA BELAGA-SIBU-KAPIT
KUALA LUMPUR,: DAP menganggap punca sebenar berlakunya
tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang
meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan
raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam
tahun menuju Wawasan 2020.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata persoalan yang
sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat Malaysia ketika kaum Dayak mengambut
Hari Gawai ialah sama ada musibah bot karam dengan 179 penumpang terselamat dan
11 hilang, menjadi satu daripada agenda Kabinet Persekutuan yang bermesyuarat,
semalam.
Beliau berkata, atau adakah Kabinet sudah memutus untuk
memperbetulkan kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan
memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga.
“Jika tidak, apakah perbezaan yang dilakukan kepada teras
sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio
ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui melantik tujuh
menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet
Persekutuan.
“Malah, sekiranya musibah bot karam itu berlaku pada hari
mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri tentu sudah melawat tempat kemalangan dan menemui mangsa dalam
tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara
peribadi berbanding sikap berbeza Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah kata pun mengenai musibah bot Belaga
sejak dua hari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini..
Beliau berkata, setiap orang sebenarnya takut untuk
menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka
tiada pilihan lain kerana tidak boleh menggunakan pengangkutan darat.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata,
dijangka terdapat kira-kira 100,000 orang tinggal di kawasan Kapit dan kerajaan
Persekutuan serta kerajaan negeri Sarawak tidak boleh berterusan meninggalkan
tanggungjawab mereka untuk memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan
Belaga.
“Saya menerima emel daripada orang Dayak dan rakyat Sarawak
mengenai musibah bot Belaga, aduan dan rayuan mereka mesti didengari dan
diambil tindakan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
“Penduduk yang hantar emel itu mengaku sudah biasa melihat
tragedi sedemikian tetapi masalahnya orang tempatan iaitu Dayak dan Iban
menganggap kemalangan dan tragedi sebegitu perkara biasa dan boleh diterima
sebab itu mereka tidak panik apabila kejadian sebegitu berlaku.
“Bagaimanapun mereka berharap pihak berkuasa tidak mengambil
mudah perkara itu. Tiada seorang pun didakwa kerana pemilik feri atau bot
mempunyai jaringan kuat. Penduduk tempatan pula terlalu miskin sehingga mereka
tidak melakukan apa-apa melainkan menanti mayat dikebumikan,” katanya dalam
kenyataan media, semalam.
Menurut Kit Siang, mereka hanya kenal BN. Mereka terus
mengundi BN sekalipun dihimpit kesengsaraan dan kesusahan, tidak diberikan
pendidikan yang baik dan keadaan kehidupan yang buruk sehingga sekarang.
Kaum Dayak juga memuji Kit Siang kerana menyuara dan membela
mereka kerana orang Dayak termasuk pemimpin mereka takut untuk bersuara dan
mengakui punca sebenar kejadian itu adalah tiada jalan raya Sibu-Kapit-Belaga
dan konspirasi besar yang menghalang pembinaan jalan raya Sibu-Kapit-Belaga
sejak 50 tahun lalu.
“Wakil rakyat Ulu Rejang yang mengatakan kerajaan tidak
mempunyai cukup duit untuk membina jalan raya Sibu-Kapit-Belaga dianggap satu
pembohongan kerana kosnya amat kecil berbanding membina Putrajaya, KLIA,
Empangan Bakun, Empangan Murum.
“Kos pembinaannya tidak seberapa berbanding jumlah
keseluruhan wang yang diperoleh daripada pembalakan dan perniagaan bot ekspres
di Ulu Rejang. Tambahan pula, sekiranya JKR tidak boleh melakukan kerana
kontraktor mahukan harga yang tinggi, biar bahagian kejuruteraan tentera yang
melakukannya (Strategi Laut Biru),” tambahnya.
Menurut beliau, orang pedalaman di Sarawak, terutamanya di
Kapit dan Belaga mahu musibah bot Belaga yang berlaku pada Gawai Dayak tahun
ini akan didengari dan diambil tindakan oleh Kabinet Persekutuan baru
memandangkan kini ada tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari
Sarawak selepas PRU-13
LIM KIT SIANG MENYALAHKAN BN: TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA KAPIT
KUALA LUMPUR 31 Mei - Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta
berhenti menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) ekoran tragedi bot ekspres
karam dekat Belaga, Sarawak baru-baru ini dan menjadikannya sebagai modal
politik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu sepatutnya lebih rasional
dengan melihat sumbangan partinya terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang
tuduhan membuta tuli.
Dengan nada tegas, beliau berkata, Kit Siang sebagai ahli
politik veteran perlu matang dan tidak sewenang-wenangnya menuding jari kepada
musuh politik bagi menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat
terutama kaum keluarga mangsa.
"Kit Siang sebagai ahli politik veteran kenalah cerdik
sikit, janganlah terlalu mengikut emosi, sikit-sikit menyalahkan BN sehingga
bot karam pun salahkan kita biarpun kerajaan selama ini telah melakukan
pelbagai inisiatif dalam meningkatkan infrastruktur di pedalaman Sabah.
"Tetapi apa yang telah mereka lakukan? Saya mahu tanya
Kit Siang, apa yang mereka lakukan di Sibu dan Kuching setakat ini? Mereka ada
wakil di situ, lima tahun, 10 tahun duduk situ, apa yang dia buat?,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Sekretariat Pencegahan
Rasuah Institut Pendidikan Mara, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kit Siang yang mendakwa kononnya
kejadian tersebut telah memperkuatkan lagi dakwaan berhubung kegagalan
pembangunan saksama dan pentadbiran politik pentadbiran di Sarawak.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim
Muhamad; Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Ketua Pesuruhjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.
Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, kerajaan telah
lakukan pelbagai inisiatif di Sabah dan Sarawak termasuk pembinaan jalan di
sepanjang negeri tersebut bagi memudahkan kerja-kerja mobiliti penduduk.
Walau bagaimanapun, katanya, kejadian bot karam tersebut
berpunca daripada pelbagai aspek termasuk bot membawa penumpang lebih muatan,
kesilapan sistem penjadualan dan faktor musim perayaan.
"Selaku kementerian yang bertanggungjawab, kita telah
membantu rakyat di Sabah dan Sarawak, kita sedar walaupun masih tidak
mencukupi, kita komited dalam menambah pembangunan infrastruktur di luar bandar
secara holistik," katanya.
GAMBAR TRAGEDI BOT EXPRESS KARAM DI BELAGA, KAPIT SARAWAK
KEJADIAN BOT EXPRESS KARAM DI BELAGA BERLAKU PADA 28 MEI 2013..
VIDEO BOT EXPRESS KARAM...
GAMBAR MANGSA YANG TERLIBAT...
Subscribe to:
Posts (Atom)