SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, January 13, 2012

ISTERI ARTIS PUJI SUAMINYA SENDIRI


SUAMI isteri ini artis popular dan kedua-duanya sangat mesra media. Bagaimanapun di sebalik sikap mereka itu, seorang rakan SS mengadu yang dia agak kurang berkenan sikit dengan sikap si isteri yang ada kala lebih sudu daripada kuah.

Mulanya SS tak faham kerana kalau dah mereka berdua mesra media, apa lagi masalahnya? Baguslah macam itu kerana sekurang-kurangnya mereka tahu juga menghargai jasa media yang banyak membantu menaikkan nama mereka. Bukan macam sesetengah artis, dengan sombongnya dia beritahu baik dengan seorang dua wartawan saja.

Suka hati kaulah, asalkan kau bahagia. Kurang sedikit kerja SS kerana tak perlu susah payah buat cerita pasal artis itu lagi kerana setahu SS, SS tidak termasuk dalam senarai wartawan yang rapat dengannya. Bila dah bercerai-berai esok, barulah dia akan menggagau cari wartawan semula. SS dah biasa dengan situasi sebegitu.

OKlah, berbalik kepada kisah pasangan suami isteri popular tadi, ceritanya begini. Dalam seminggu dua yang lalu, rakan SS ternampak mereka di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota. Kebetulan rakan SS membuat liputan pada satu majlis yang diadakan di pusat beli-belah itu.



Wah! apa lagi, berlarilah rakan SS pergi berjumpa mereka. Lalu selepas berbalas salam dan bertanya khabar serba sedikit, dia pun terus beritahu pada suami artis itu yang dia sangat suka melihat aksi aktor itu dalam sebuah filem. Walaupun wataknya muncul sekali sekala tetapi meninggalkan impak yang besar. Artis hebat begitulah selalunya, tak perlu berdialog panjang tetapi cukup untuk membuat penonton mengingatinya sampai bila-bila.


Belum sempat si suami memberikan reaksi, si isteri yang berdiri di sebelah, dah berkicau. Dia pun beritahu rakan SS, memang ramai yang memuji lakonan suaminya dan berjela lagilah ceritanya sehingga membuatkan rakan SS dan suami itu terus diam seribu bahasa. Kalau SS jadi laki dia, balik rumah, SS ketuk kepalanya.

Tolonglah! orang puji laki awak, yang awak nak menyibuk sama buat apa? Tak payahlah turut puji laki sendiri. Kalau nak menyampuk pun, bagilah peluang laki awak bercakap dulu kerana yang kena puji dia, bukannya awak.

Dek kerana si isteri tak berhenti bercakap, rakan SS terus ‘angkat’ kaki kerana kalau dia terus menunggu lebih lama di situ, mahu biul dibuatnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails