SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, September 22, 2011

KILANG GETAH MALAYSIA HANGUS

“Ketika saya leka menyiapkan kerja di ruang tamu, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising seakan orang bergaduh di luar rumah.

“Sebaik meninjau, saya terkejut apabila mendapati beberapa lelaki berlari menyelamatkan diri kerana api marak memusnahkan bekas kilang getah di hadapan rumah saya,” kata Hamidi Mohd, 31, saksi kejadian kebakaran bekas kilang getah Lian Hin Rubber di Kampung Padang Balang, di sini, awal pagi semalam.

Beliau berkata, ini kebakaran pertama dan terbesar yang pernah disaksikannya sejak menyewa di kawasan itu lima tahun lalu dan rumahnya kira-kira 100 meter dari kilang terbabit.

Kilang getah 11 tingkat yang dianggarkan bernilai RM5 juta itu kini dijadikan gudang penyimpanan barangan pembinaan, makanan selain menjadi kilang perabot hangus dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam.


Ketua Bomba Wilayah Persekutuan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Khirudin Drahman, berkata bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.41 tengah malam dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails