IPOH
16 April - Mayat mendiang Karpal Singh telah dibawa keluar dari Unit Forensik
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada pukul 1.05 petang ini
setelah selesai proses bedah siasat.
Ketika
ini, mayat mendiang sedang dalam perjalanan untuk dibawa ke kediaman keluarga
beliau di Jalan Utama Western Road, Pulau Pinang.
Majlis
penghormatan terakhir untuk mendiang Karpal yang maut dalam kemalangan jalan
raya dekat Kampar awal pagi ini akan diadakan pada Ahad ini.
Sementara
itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Dewan
Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Ir. Nizar
Jamaluddin
antara pemimpin pakatan pembangkang yang hadir semasa proses bedah siasat
dijalankan.
Turut
hadir adalah Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Ahli
Parlimen Bukit Gelugor, Karpal maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 301.6,
Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira
pukul 1.30 pagi ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140417/dn_33/Mayat-mendiang-Karpal-selesai-dibedah-siasat#ixzz2z8T2sCMr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment