gambar hiasan
Dia
ada pakej lengkap sebagai pelapis heroin dan pengacara. Tidak dinafikan dia
berbakat, cantik pula, tetapi bab perangai tak berapa nak ‘lawa’. Ikutkan,
banyak kali Sha dengar cerita tidak molek mengenai pendatang baru ini.
Katanya,
ramai rimas dengan sikap divanya. Ketika bertugas, dia main langgar saja
sampaikan dilabel tidak beradab. Pernah ketika merakam satu program
kendaliannya, pendatang baru ini main rempuh masuk ke bilik orang yang mahu
ditemubual.
Kebetulan
ketika itu orang berkenaan sedang disolek seorang jurusolek terkenal. Dengan
langsung tidak memberi salam atau memperkenalkan diri, dia dengan selamba terus
mengarahkan jurukamera merakam temubual.
Terkebil-kebil
mereka yang berada dalam bilik itu. Jangankan nak minta izin, senyum pun tidak,
tiba-tiba terus mahu rakam.
Sepatutnya
sebagai orang baru, beri salam dan tunjukkan sikap lebih sopan dan manis. Ini
tidak, main terjah saja, sombong pula tu.
Naik
angin juga jurusolek popular itu melihat lagak pendatang baru ini. Baginya,
pengacara dan pelakon ini kurang ajar.
Dalam
kejadian lain, si jelita ini yang bertindak selaku pengacara majlis minta
penganjur menyediakan air. Yang buat ramai tepuk dahi apabila dia umumkan
permintaan itu menggunakan mikrofon. Maka, satu dewan dengar.
Kata
seorang teman, kot ia pun, bisiklah dengan penganjur yang berada tidak jauh
daripadanya. Usik Sha, mungkin dia bergurau, saja mahu gamatkan suasana.
Jelas
teman itu lagi, kalau bergurau, takkan dengan nada perintah. Orang tahu beza
antara bunyi bergurau dan perintah. Aduhai...
No comments:
Post a Comment