Tuesday, April 15, 2014

ARTIS BERWAJAH CANTIK, BERPERANGAI BURUK

gambar hiasan



Dia ada pakej lengkap sebagai pelapis heroin dan pengacara. Tidak dinafikan dia berbakat, cantik pula, tetapi bab perangai tak berapa nak ‘lawa’. Ikutkan, banyak kali Sha dengar cerita tidak molek mengenai pendatang baru ini.

Katanya, ramai rimas dengan sikap divanya. Ketika bertugas, dia main langgar saja sampaikan dilabel tidak beradab. Pernah ketika merakam satu program kendaliannya, pendatang baru ini main rempuh masuk ke bilik orang yang mahu ditemubual.

Kebetulan ketika itu orang berkenaan sedang disolek seorang jurusolek terkenal. Dengan langsung tidak memberi salam atau memperkenalkan diri, dia dengan selamba terus mengarahkan jurukamera merakam temubual.

Terkebil-kebil mereka yang berada dalam bilik itu. Jangankan nak minta izin, senyum pun tidak, tiba-tiba terus mahu rakam.


Sepatutnya sebagai orang baru, beri salam dan tunjukkan sikap lebih sopan dan manis. Ini tidak, main terjah saja, sombong pula tu.


Naik angin juga jurusolek popular itu melihat lagak pendatang baru ini. Baginya, pengacara dan pelakon ini kurang ajar.

Dalam kejadian lain, si jelita ini yang bertindak selaku pengacara majlis minta penganjur menyediakan air. Yang buat ramai tepuk dahi apabila dia umumkan permintaan itu menggunakan mikrofon. Maka, satu dewan dengar.

Kata seorang teman, kot ia pun, bisiklah dengan penganjur yang berada tidak jauh daripadanya. Usik Sha, mungkin dia bergurau, saja mahu gamatkan suasana.

Jelas teman itu lagi, kalau bergurau, takkan dengan nada perintah. Orang tahu beza antara bunyi bergurau dan perintah. Aduhai...

No comments:

Post a Comment