Naluri
Abie berasakan masih ada cinta di antara mereka. Katanya, Jumaat lalu, melalui
akaun Instagramnya, Emran memuat naik status berbentuk dialog bersama anak
tunggalnya, Engku Aleesya mengenai keinginannya untuk membawa puterinya makan
angin ke New York sebelum September depan.
Hasratnya
dibalas Aleesya yang berbunyi lebih kurang begini: “What about Mom, Ayah?”
Engku Emran menjawab: “Yes, she can come along, why don’t you ask her later if
she wants to follow, Sweetie.”
Status
itu bukan saja menimbulkan pertanyaan pihak media, malah mendapat sokongan
‘pengikutnya’ yang mahu melihat mereka bersatu semula.
Sokongan
berupa doa-doa itu membawa pengertian yang mereka mahu melihat mereka bersama
kembali, terutama atas nama Aleesya yang sangat memerlukan kedua-duanya.
Malah,
sejak kebelakangan ini, Engku Emran menerusi akaun @iamkumbre memuat naik
gambar mereka berdua, termasuk foto perkahwinan dan lagu nyanyian Erra yang
menjadi kegemaran Aleesya. Difahamkan, Emran berbuat begitu sempena hari jadi
Aleesya pada 30 Mac lalu.
Bagi
Abie, status itu bagaikan memberi klu baru dalam hubungan yang terlerai 18
Februari lalu, untuk kembali bersatu. Nyata masih ada sayang di antara mereka
dan lebih nyata adanya Aleesya, sangat sukar menolak ‘sayang’ itu.
Dia
teringat pertemuan dengan Emran kira-kira dua tahun lalu di Restoran Puteri,
Sungai Penchala. Emran jelas buntu ketika itu mencari penyelesaian dan cara
terbaik serta langkah terakhir adalah mengerjakan umrah di Tanah Suci memohon
yang terbaik daripada Allah kerana dia tahu Allah Lebih Tahu apa yang terbaik
untuknya, Erra, Aleesya dan keluarga mereka.
Dalam
pertemuan itu, Emran mengakui wujud ‘gangguan’ sehingga hubungan mereka suami
isteri sentiasa ‘panas’. Untuk memandang wajah masing-masing pun sukar. Dengan kata
lain, mereka terkena sihir.
Biarpun
tahu angkara siapa, Emran mengambil jalan mengunci mulut daripada memberitahu
siapa si polan itu. Dia lebih selesa memaafkan saja dan berdoa supaya diberi
hidayah oleh-Nya.
Dalam
perkembangan hari ini, terutama melihat status @iamkumbre, adalah baik kalau
mereka rujuk kembali. Cinta mereka masih menebal, sama-sama kita doakan yang
terbaik untuk mereka.
No comments:
Post a Comment