KOTA BHARU 17 April -  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 terkilan kerana bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam 
kemalangan awal pagi ini, tidak sempat memahami hukum hudud dengan lebih
 mendalam.
Bekas Menteri Besar itu berkata, Karpal selama ini bermati-matian 
mengatakan Malaysia sebuah negara sekular kerana beliau sememangnya 
seorang pakar perundangan yang arif dalam perkara berkaitan 
Perlembagaan.
"Mendiang seorang individu yang benar-benar bergantung kepada prinsip
 tetapi masalahnya, beliau tidak didampingi oleh kawan-kawan kita yang 
beragama Islam lebih awal.
"Sekiranya ada taklimat dalam kalangan rakan pakatan, antara Pas 
dengan Karpal mengenai hudud, boleh jadi fikiran mendiang berubah," 
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya yang 
terletak di Institut Pemikiran Tok Guru, Kompleks Kota Darulnaim di sini
 hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment