Thursday, April 17, 2014

MAYAT KARPAL SINGH DIBEDAH SIASAT



IPOH 16 April - Mayat mendiang Karpal Singh telah dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada pukul 1.05 petang ini setelah selesai proses bedah siasat.
Ketika ini, mayat mendiang sedang dalam perjalanan untuk dibawa ke kediaman keluarga beliau di Jalan Utama Western Road, Pulau Pinang.
Majlis penghormatan terakhir untuk mendiang Karpal yang maut dalam kemalangan jalan raya dekat Kampar awal pagi ini akan diadakan pada Ahad ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Ir. Nizar
Jamaluddin antara pemimpin pakatan pembangkang yang hadir semasa proses bedah siasat dijalankan.
Turut hadir adalah Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment