RAKAMAN video aksi Taiwan dalam Piala Cabaran, Mac lalu belum membuat Datuk K Rajagobal yakin, sebaliknya akur lawan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 itu boleh ‘menjerat Harimau Malaya’ andai leka.
Skuad senior negara yang berada dalam ranking ke-143 dunia akan bertembung dengan lawan ranking ke-160 itu dengan sifat hormat dan menilai anak didik Loh Chi Tsung bukan calang-calang pasukan menjelang pertemuan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
“Sebagai contoh biarpun kita baru bermain menentang barisan seperti Lubnan, kita tidak boleh mengagak corak mereka bermain selepas itu kerana setiap kali perlawanan pastinya ada pertukaran corak permainan atau pun strategi. Apa yang penting kita perlu lakukan tugas diberi dengan baik nanti,” kata ketua jurulatih itu, semalam.
Begitupun, bagi Rajagobal dia turut menggalas misi getir buat mengekalkan rekod tanpa kalah, tahun ini dan tidak dinafikan dia pasti mahu memburu mata penuh sebagai bekalan selesa apabila menentang lawan sama dalam perlawanan kedua di tempat lawan 3 Julai ini.
No comments:
Post a Comment