Kisah cinta antara D dan pelakon serta pengarah, Farid Kamil yang bertaut kembali bukanlah lagi satu rahsia kepada peminat industri seni tanah air.
Dikatakan punca perpisahan mereka sebelum ini kerana perangai D yang kurang matang dan kebudak-budakan. Setelah beberapa lama sepi dengan kisah perpisahan tersebut, kini D dan Farid kembali bermadu kasih sebagai pasangan kekasih sekali lagi.
Semasa berpisah dulu, kedua-duanya matang dalam menangani perpisahan dan masih lagi berkawan dan saling menghubungi.
"Sebenarnya setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan yang mana akhirnya kita sendiri akan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
"Kadangkala, kita juga akan sedar yang mana mungkin sesetengah perkara masih punyai harapan dan kita juga masih lagi boleh mengharap mengenainya," jelas D mengenai perhubungannya bersama Farid.
Diakui hubungan mereka serius sebagai kekasih kali ini namun mungkin belum ke tahap ke alam perkahwinan memandangkan umur masih muda dan banyak lagi yang perlu dikecapi dalam hidup ini.
"Kami ada bercakap mengenainya (perkahwinan) dan memang kami berada dalam sebuah perhubungan yang serius. Tapi, mungkin belum lagi untuk ke tahap yang lebih dari perhubungan yang ada kini. Saya baru 19 tahun, mungkin jauh lagi masa saya, saya perlu belajar dan sebagainya," bicara D jujur tentang fasa perhubungan percintaannya bersama penggarap filem Kongsi itu.
Buat masa ini, kedua-duanya masih belum mempunyai rancangan serius untuk mengambil keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mereka juga saling tidak mengongkong antara satu sama lain.
Ini kerana, D mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun disebabkan kontrak yang masih wujud bersama Nano White dan Sunsilk, D menangguhkan sementara perancangannya untuk menimba ilmu di perantauan.
No comments:
Post a Comment