SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, June 4, 2011

CERITA ARTIS MALAYSIA

1. Kecoh cinta Rozita, Zain
BERMULA dengan pengakuan cinta Rozita Che Wan dengan Shahir Zawawi awal bulan, ceritera itu masih berlanjutan hingga ke saat ini. Mana satu yang benar atau sebaliknya. Di saat Rozita ringan mulut membuat pengakuan yang mereka sudah intim sejak setahun lalu, Shahir pula seperti biasa tegar menafikan apa yang dikatakan sudah terang lagi bersuluh. Jika dalam kenyataan awalnya, juara Akademi Fantasia musim kelapan itu meminta untuk diberikan tempoh bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Namun baru-baru ini, jejaka yang baru tampil dengan filem Karak itu menafikan terbit bunga cinta antaranya dengan Rozita. Malah lebih melucukan timbul cerita yang kononnya pengakuan cinta yang terpacul dari mulut Rozita itu sekadar alasan berseloroh. Rozita pula lebih senang menyerahkan kepada Shahir untuk membuat penjelasan sebenar. Sebaiknya Shahir tidak terus berteka-teki.

2. Apa jadi Fizz Fairuz, Almy Nadia?
MINGGU lalu, kisah pelakon filem Nur Kasih, Fizz Fairuz yang dikatakan kononnya menjalinkan cinta dengan pelakon lain selain Almy Nadia juga menjadi paparan. Selepas dikaitkan dengan pelakon yang sedang meningkat naik menerusi drama Juvana di TV3, Izreen Azminda, Fizz dituduh pula menjalinkan hubungan dengan aktres genit berbakat besar, Liyana Jasmay. Fizz sudah pun menafikan mengenai kisahnya dengan kedua-dua pelakon itu.
Hakikatnya cinta Fizz kepada Almy sejak lima tahun lalu masih kukuh. Fizz dalam kenyataannya kepada B*Pop sendiri mempersoalkan siapa Izreen dan sambil berseloroh berkata kalau nak buat cerita biarlah dengan gadis yang cantik sikit. Fizz juga tidak pernah bertemu Izreen sebelum ini. Begitu juga dengan Liyana kerana hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar pangkat adik dan abang. Malah ada yang menganggap gosip cinta Fizz dengan Liyana itu sebagai strategi menghangatkan filem Papadom 2 yang sedang rancak menjalani penggambaran ketika ini. Sepatutnya Fizz berlakon sekali di dalam filem arahan Afdlin Shauki itu tetapi disebabkan komitmen lain dan pertindihan jadual, Fizz terpaksa menolak.

3. Sheera nafi dikasari kekasih
SELAIN cerita juara Akademi Fantasia musim ketujuh Hafiz bergaduh dengan pengkid, cerita anak dara pelakon Aznah Hamid, Sheera Iskandar juga terus hangat dibincangkan. Pelakon KL Gangster itu dikatakan kononnya dikasari teman lelakinya yang dikenali dengan nama Syan hingga terpaksa dikejarkan ke klinik bagi menerima rawatan. Dikatakan juga bahawa insiden naik kaki yang dialami Sheera itu sudah selalu terjadi.

Namun, Sheera bagaimanapun menafikan perkara terbabit. Kata Sheera, gosip disiarkan tempoh hari tidak benar dan dia tidak mahu mengulas panjang lebar kerana perlu menjaga hati dan perasan keluarga Syan. Kata Sheera lagi, dia sendiri tak tahu daripada mana sumber berkenaan memperoleh cerita. B*Pop juga berusaha untuk menemubual Syan, namun dia enggan malah gambarnya juga tidak dibenarkan untuk dirakam.

4. Sham Kamikaze temui hidayah
NAMPAKNYA kebelakangan ini ramai selebriti tempatan yang memilih untuk bersara atau memperlahankan kerjaya seni dan memberi tumpuan kepada hal keagamaan. Selepas Ashraf Muslim dan Bob Lokman, Sham Kamikaze juga memilih pendekatan yang sama. Sham bersyukur kerana akhirnya dia dikurniakan hidayah. Sham mengakui mahu kembali ke pangkal jalan dan menginsafi apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Sham atau nama penuhnya, Shamril Mohd Salleh itu mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan dan video menerusi Facebook miliknya dengan menjelaskan ingin menarik diri daripada dunia hiburan jika dikurniakan rezeki dan peluang lain dalam bidang yang berbeza. Hati Sham mula terbuka apabila Tuhan menemukannya dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails