RITA ADA SUAMI BARU KE?
APABILA SAYA MEMBACA BERITA HARIAN, SAYA MEMBACA TAJUK SAHAJA "PERMATA HIDUP RITA". SAYA INGAT RITA RUDAINI MELAHIRKAN ANAK. RUPA-RUPANYA RITA LAIN.HEHEHE.....
Kelahiran anak sulung, Raees tambah keceriaan hidup pewaris
empayar produk kecantikan, Novelle Visages
Kehadiran cahaya mata pertama, Kaisar Raees Kamarulazlan
Mohamad Hanafiah, 8 bulan, melengkapkan kehidupan pewaris empayar produk
kecantikan Novelle Visages Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan suaminya,
Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Kaisar dalam bahasa Arab bermaksud raja, manakala Raees
bererti ketua atau pemimpin. Gabungan nama yang cukup indah dan unik ini
sesungguhnya memberi lembaran baru kepada Dekritawati yang lebih mesra
dipanggil Rita apabila bergelar ibu.
Rita tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bercerita
mengenai anaknya yang juga cucu sulung kepada Allyarhamah Datuk Sosilawati
Lawiya, menjelaskan Raees yang dilahirkan pada 26 September lalu, jam 3.45
petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.5 kilogram,
meningkatkan naluri keibuannya.
Beliau begitu teruja dan gembira mahu melihat cahaya matanya membesar dengan sempurna. "Kali pertama memegang anak sendiri, saya rasa saat dan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Saya mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Perasaan bercampur-baur dan ketika itu barulah saya tahu bagaimana perasaan kasih sayang seorang ibu.
“Saya melahirkan anak secara normal. Proses bersalin memang sakit. Tapi kesakitan itu hilang tatkala dapat menatap dan mendengar tangisan zuriat kami,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Penjagaan anak
Sebagai ibu muda, pengalaman menjaga bayi memang agak mencabar dan terasa kekok. Masalah biasa dihadapi seperti ketika memandikan bayi, bagaimana ingin mententeramkannya apabila menangis atas sebab yang tidak pasti.
"Saya akui minggu pertama kelahiran, Raees kerap menangis. Kali pertama bergelar ibu, saya rasa sedikit panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan tambahan pula tanpa ibu di sisi," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak patah semangat untuk terus mempelajari cara mengendalikan bayi dan kerap bertanya doktor serta jururawat di hospital.
"Sepanjang di hospital, jururawat dan doktor banyak membantu dan mengajar saya bagaimana menjaga, menguruskan dan menyusukan bayi. Walaupun saya sudah menyertai kelas ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi ilmu mengurus adalah lebih baik dan praktikal ketika anak di depan mata.
“Kelakarnya, kali pertama Raees menangis dan saya terus memanggil jururawat. Rupa-rupanya tangisan itu disebabkan bayi sejuk dan lapar. Kadang kala saya tergelak sendiri bila mengenangkan peristiwa itu,” katanya.
Bagaimanapun, selepas dua bulan, tidak lagi rasa kekok dan sudah biasa berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampin bayi.

Tahniah buat seluruh keluarganya.
ReplyDelete