KETIKA ini karier pelakon Hanez Suraya dilihat semakin
berkembang apabila wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen menerusi drama
dan telemovie lakonannya.
Bagaimanapun, kekasih kepada penyanyi Awi Rafael itu
ternyata tidak sunyi daripada berhadapan dengan pelbagai kontroversi yang
sedikit mencalar imejnya sebagai pelakon.
Terkini, pelakon tersebut telah mendapat kritikan segelintir
pihak ekoran pakaiannye ketika bercuti di Pulau Redang Terengganu bersama pihak
media dan peminat baru-baru ini.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara
tersebut, Kosmo! telah menghubungi Hanez untuk mengetahui cerita sebenar.
KOSMO!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Hanez tampil seksi
semasa bercuti di Pulau Redang?
HANEZ: Sejujurnya saya sendiri sangat terkejut dan hairan
apabila dikatakan berpakaian seksi sepanjang percutian tersebut. Takkan dengan
memakai t-shirt dan berseluar legging ada yang menganggap saya seksi pula.
Lagipun dalam percutian tersebut saya pergi dengan peminat dan beberapa orang
rakan wartawan. Jadi, sudah tentu saya perlu berhati-hati menjaga penampilan
saya.
Apakah komen anda apabila tidak sudah-sudah dihimpit dengan
pelbagai kontroversi?
Kepada saya, kontroversi itu ada kalanya boleh memberikan
publisiti kepada seseorang artis, tetapi bukanlah kontroversi yang terlalu
negatif sehingga memberi kesan buruk terhadap kerjaya. Sebenarnya saya sendiri
seboleh-bolehnya tidak mahu lagi terus dikaitkan dengan kontroversi. Dahulu
saya memang selalu tampil seksi, tetapi kini saya sedang berusaha mengurangkan
imej seksi dan lebih berhati-hati apabila berpakaian.
Bagaimanakah pandangan anda terhadap kerjaya setelah 10
tahun berkecimpung dalam bidang lakonan?
Saya bersyukur kerana semakin banyak tawaran berlakon yang
diterima dan ramai pihak yang semakin yakin dengan bakat dan mutu lakonan saya,
cuma saya berharap supaya diberi peluang mencuba pelbagai watak supaya tidak
dilihat sebagai stereotaip.
No comments:
Post a Comment