Bergenang air mata pelakon Fasha Sandha apabila membayangkan
hari pernikahannya dengan Aidil Aziz semakin dekat.
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu, tidak
dapat menyembunyikan rasa sebak kerana hari bahagia kali ini mendapat restu dua
belah pihak iaitu daripada keluarganya sendiri dan Aidil.
"Dugaan sebelum hari pernikahan pasti ada. Kalau tiada,
tidak normal. Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar.
"Mungkin kali ini apabila mendapat restu daripada
kedua-dua pihak, rasanya lain. Lebih disayangi.
"Kali ini ada majlis bertunang, malam berinai dan
segalanya dirancang dengan baik. Untuk saya, perkara-perkara seperti ini patut
ada dalam kehidupan setiap wanita," ujar Fasha ketika ditemui Kosmo!
Online pada majlis malam berinainya di The Love @ Matic di Kuala Lumpur malam
tadi.
Ditanya tentang tarikh sebenar pernikahannya, Fasha, 34,
masih enggan terlalu memperincikan perihal tersebut.
"Ikut perancangan hujung bulan ini (Mac). Bagaimanapun,
kalau sudah benar akan jadi, baru saya akan kongsi kerana kita tidak tahu apa
akan jadi tetapi perancangan memang hujung bulan ini.
"Persiapan pun banyak belum siap. Belum lagi 80 peratus
kerana saya suka buat semuanya sendiri. Kalau orang lain buat, takut rasa
tertinggal," kata pelakon filem Anak Halal itu yang memilih tema Melayu
Klasik untuk malam berinainya.
Mengulas lanjut, Fasha berasa sedih untuk meninggalkan
gelaran janda atau ibu tunggal.
"Bagi saya, gelaran janda atau ibu tunggal melambangkan
kekuatan seseorang wanita.
"Sebagai salah seorang ahli Independent Single Mother
Club (ISMC), saya sudah bersedia untuk tinggalkan kawan-kawan saya dalam kelab
tersebut antaranya, Amelina, Erra Fazira dan beberapa yang lain.
"Saya tidak malu pernah bergelar janda kerana saya
seorang janda atau ibu tunggal yang kuat bekerja dan tidak kisah dengan
kepenatan. Asalkan saya berdikari dan cari duit sendiri," terangnya.
Walaupun masih merahsiakan tarikh perkahwinan namun mengikut
perkiraan, Fasha dan Aidil, 31, bakal berkahwin pada hujung minggu ini iaitu 31
Mac.
Difahamkan, mereka bakal bernikah di sebuah masjid yang
terletak di Perlis Indera Kayangan
No comments:
Post a Comment