Tuesday, April 2, 2019

JANDA HOT: FASHA SANDA BERKAHWIN KALI KEDUA




Bergenang air mata pelakon Fasha Sandha apabila membayangkan hari pernikahannya dengan Aidil Aziz semakin dekat.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu, tidak dapat menyembunyikan rasa sebak kerana hari bahagia kali ini mendapat restu dua belah pihak iaitu daripada keluarganya sendiri dan Aidil.
"Dugaan sebelum hari pernikahan pasti ada. Kalau tiada, tidak normal. Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar.
"Mungkin kali ini apabila mendapat restu daripada kedua-dua pihak, rasanya lain. Lebih disayangi.

"Kali ini ada majlis bertunang, malam berinai dan segalanya dirancang dengan baik. Untuk saya, perkara-perkara seperti ini patut ada dalam kehidupan setiap wanita," ujar Fasha ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis malam berinainya di The Love @ Matic di Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya tentang tarikh sebenar pernikahannya, Fasha, 34, masih enggan terlalu memperincikan perihal tersebut.

"Ikut perancangan hujung bulan ini (Mac). Bagaimanapun, kalau sudah benar akan jadi, baru saya akan kongsi kerana kita tidak tahu apa akan jadi tetapi perancangan memang hujung bulan ini.

"Persiapan pun banyak belum siap. Belum lagi 80 peratus kerana saya suka buat semuanya sendiri. Kalau orang lain buat, takut rasa tertinggal," kata pelakon filem Anak Halal itu yang memilih tema Melayu Klasik untuk malam berinainya.

Mengulas lanjut, Fasha berasa sedih untuk meninggalkan gelaran janda atau ibu tunggal.

"Bagi saya, gelaran janda atau ibu tunggal melambangkan kekuatan seseorang wanita.

"Sebagai salah seorang ahli Independent Single Mother Club (ISMC), saya sudah bersedia untuk tinggalkan kawan-kawan saya dalam kelab tersebut antaranya, Amelina, Erra Fazira dan beberapa yang lain.

"Saya tidak malu pernah bergelar janda kerana saya seorang janda atau ibu tunggal yang kuat bekerja dan tidak kisah dengan kepenatan. Asalkan saya berdikari dan cari duit sendiri," terangnya.
Walaupun masih merahsiakan tarikh perkahwinan namun mengikut perkiraan, Fasha dan Aidil, 31, bakal berkahwin pada hujung minggu ini iaitu 31 Mac.

Difahamkan, mereka bakal bernikah di sebuah masjid yang terletak di Perlis Indera Kayangan


No comments:

Post a Comment