SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, June 25, 2011

VIDEO SEKS TULEN

Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik ‘super impose’ dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails