SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, June 18, 2011

ARTIS MALAYSIA BERCINTA SEMBUNYI-SEMBUNYI

KISAH percintaan pasangan popular ini memang sudah lama diketahui ramai. Masing-masing begitu seronok apabila berkongsi kisah bahagia mereka sebagai pasangan bercinta. Maklumlah yang lelakinya pelakon popular dan teman wanitanya juga dramatis yang dikenali ramai.
Tapi selepas lebih dua tahun menjalin cinta, tiba-tiba kisah mereka senyap dan hilang. Apabila ditanya pada si lelakinya, asyik sama saja jawapannya. Kononnya mereka masih bersama cuma masing-masing sibuk menyebabkan sudah jarang kelihatan bersama.
Apabila soalan sama ditanya pada si kekasih, dia macam nak mengelak saja dari menjawab. SS bersama beberapa teman lain membuat kesimpulan yang mungkin hubungan mereka sedang bermasalah tapi masing-masing cuba menyembunyikannya.

Baru-baru ini, ketika SS duduk bersembang dengan teman yang bekerja sebagai kru balik tabir satu drama siri popular, teman SS itu menyampaikan berita yang khabarnya hubungan mereka sudah lama bermasalah.

Katanya, si lelaki itu memang terkenal dengan sikap ‘playboy’ dan si kekasihnya pula asyik makan hati saja kerana perangai teman lelakinya yang sukar dikawal.
Lebih mengejutkan, kata teman SS, si lelaki itu sebenarnya sudah lama menjalin hubungan dengan pelakon baru. Drama lakonannya kini menjadi bualan ramai.

Kalau tidak silap SS, memang sudah keluar dalam beberapa akhbar sebelum ini tapi si lelaki tadi bersungguh-sungguh menafikannya. Tapi kata teman SS, sebenarnya dia memang sudah lama meninggalkan kekasihnya dan sedang serius bersama pelakon baru itu.

Sudah hampir dua tahun sebenarnya hubungan itu tapi memang selama ini mereka senyap-senyap kerana dengar cerita, kekasih lamanya seorang yang ‘psycho’!

Memang hebat kalau betul hubungan itu sudah terjalin hampir dua tahun kerana SS sendiri gagal menghidunya.

Kekasih barunya yang memegang watak gadis sopan dalam drama bersiri, lebih selesa kunci mulut dan bekas kekasihnya pula memang tidak mahu lagi mengulas hubungannya.

Kasihan SS memikirkan nasib kekasih lamanya kerana sejak awal hubungan mereka, dia memang begitu sayangkan kekasihnya itu dan bermacam-macam cerita manis mereka kongsi bersama SS serta teman media lain.

Sayangnya, hubungan itu terbengkalai dan gagal diselamatkan lagi sedangkan mereka berdua pernah merancang untuk mengakhirinya ke jenjang pelamin.


metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails