SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, June 25, 2011

99.99% MIRIP ANWAR IBRAHIM

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.

"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails