SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, December 15, 2011

AWIE DIPUKUL TERUK


KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan rock Wings, Awie menafikan dia menjadi punca pergaduhan di sebuah kelab di Langkawi, baru-baru ini selain mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan itu berlaku berikutan tindakan beberapa lelaki mahu merakam gambarnya di dalam kelab berkenaan tetapi dia enggan dan mahu bergambar di luar.
“Saya ke situ atas jemputan deejay kelab yang meminta saya menyanyi. Selesai menyanyi, muncul beberapa lelaki menghina dan menyuruh deejay itu mengarahkan saya berhenti menyanyi.

“Kumpulan terbabit turut menyindir hingga berlaku perang mulut antara kami.



“Saya sebaliknya mengajak mereka keluar jika mahu bergambar dan berbincang di luar kelab tetapi sebaik saya dan tiga rakan keluar, kami dikelilingi sekurang-kurangnya 30 lelaki.

ARTIS DARA DIPUKUL TERUK


MENDENGAR kisah yang disampaikan seorang teman yang tinggal di utara Semenanjung mengenai seorang penyanyi popular dipukul memang menakut–kan dan cukup mengejut–kan SS.

Khabarnya, penyanyi yang juga vokalis kumpulan rock terkenal itu dipukul dengan teruk di sebuah kawasan percutian di utara semenanjung, baru-baru ini. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci.
Tapi risik punya risik, kata teman SS, penyanyi yang sebelum ini pernah juga dikatakan terbabit dalam kes gaduh dikatakan mengganggu seseorang yang juga saudara kepada si pemukul tadi.

Kata teman SS lagi, penyanyi itu memang teruk dipukul hingga parah namun tidak pula diketahui lokasi dan siapa pula yang memukulnya kerana kejadian itu berlaku waktu malam.



Pergaduhan itu tidak berlaku di kawasan terbuka atau di tempat awam kerana si pemukul itu khabarnya membawa penyanyi tadi di kawasan tersembunyi tapi SS memang tak pasti secara terperinci.



Cuma kemudiannya, kecoh juga kawasan sekitar itu apabila cerita artis dipukul tersebar dan semua orang ingin mengetahui siapa pula yang menjadi mangsa.

Kawan SS sendiri mendapat sumber itu daripada penduduk setempat yang sememangnya suka penyanyi tadi dipukul kerana sudah beberapa kali juga mereka mendengar cerita perangai penyanyi tadi yang suka membuat gangguan.

Khabarnya penduduk sekitar juga banyak kali mengadu perangai si penyanyi tadi yang khabarnya mengganggu penduduk terutama anak gadis. Dia ingat dengan status selebriti yang ada itu boleh dijadikan lesen untuk mengacau anak dara orang.

Tapi penyanyi popular yang juga pelakon itu tidak duduk diam, sebaliknya memberitahu beberapa temannya yang lain.

Kononnya ingin membalas dendam tapi SS tidak pasti pula apakah tindakan penyanyi itu berjaya untuk membalas dendam.

SS sebenarnya tidak hairan apabila mendengar kisah penyanyi tadi dipukul sebab sebelum ini sudah banyak juga kes dan kontroversi yang dilakukannya.

Padan juga dengan muka dia sebab SS pun memang tak gemar dengan perangai penyanyi tadi yang suka sangat buat hal dan tunjuk gengster. Macam-macam sebenarnya yang penyanyi tadi buat sebelum ini cuma jarang sekali dilaporkan. Jadi kali ini, kira buku bertemu ruaslah.

ARTIS MALAYSIA BERUBAH SIKAP SELEPAS POPULAR



         
ADA artis yang sudah popular tapi masih bertahan sampai hari ini kerana sentiasa bersikap profesional, berdisiplin serta menjalin hubungan yang baik dengan media terutama yang banyak membantunya selama ini.

Tapi ada pula segelintir artis yang mula bersikap tidak profesional, bermasalah dan memperlekehkan tugas media apabila namanya sudah dikenali ramai.
Itulah yang boleh SS gambarkan mengenai artis wanita seorang ini. Sebelum popular, layanannya pada wartawan sangat baik dan ramah. Bila sudah
popular, sikapnya berubah.

Itulah yang dialami rakan SS yang mengenali artis ini ketika baru hendak membina tapak dalam dunia seni hinggalah kini antara pelakon menjadi buruan pengarah.

Terbaru, artis ini dipilih menjayakan satu pementasan teater untuk watak utama dan pihak produksi mengaturkan fotografi untuk promosi teater itu. Kata rakan SS, jelas kelihatan ‘mood’ pelakon ini yang mula berubah ketika diambil gambarnya.

Artis ini juga pandai memberi arahan pada jurugambar untuk digandingkan dirinya dengan pelakon lelaki yang bukan watak utama. Bila rakan SS tidak setuju gandingan itu, dia buat muka’ protes. Rakan SS buat tak nampak saja perlakuan artis berkenaan kerana tidak ingin memburukkan keadaan yang sedia tegang ketika itu.

Dalam hal ini, SS ingin berfikiran positif, mungkin artis itu penat dan tidak cukup rehat sebab itu dia mula buat kerenah. Maklumlah, mereka sibuk menjayakan sesi latihan teater berkenaan yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.

Rakan SS juga faham kerana artis itu perlu menjayakan satu lagi sesi fotografi dengan satu lagi media yang sudah menunggu giliran. Kerana tidak mahu menyusahkannya, rakan SS buat keputusan tidak menemubualnya pada hari itu, sebaliknya berjanji menghubunginya nanti. Ia juga dipersetujui artis itu.

Keesokan harinya, rakan SS pun menghubungi telefon bimbit artis itu beberapa kali tapi tidak berjawab. Tidak cukup dengan itu, rakan SS juga menghantar SMS padanya dan satu pun tidak dibalas.

SS bimbang kerana cerita mengenai pementasan itu perlu disiarkan segera. Terpaksalah SS meminta bantuan bahagian promosi pementasan menghubungi artis itu dan panggilan mereka juga tidak berjawab.

Pihak promosi juga memberitahu artis wanita itu memang bermasalah dan dia juga selalu tidak datang latihan teater hingga menyusahkan produksi.

SS harap, artis wanita dimaksudkan itu kikislah sifat buruk itu kerana ia boleh merosakkan masa depan anda sendiri dalam bidang seni.

Saturday, December 10, 2011

10 TIP MEMELIHARA CINTA SEJATI


Cinta bukan sekadar ungkapan keramat “I Love You”, “aku cinta kamu”, “kamek sayang kitak” tapi cinta melibatkan hati dan perasaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang yang betul-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana mungkin mereka satu diantara seribu

tertanya-tanya adakah tips atau cara bagaimana untuk memelihara pasangan dan cinta sejati kita dari hilang dari pandangan kita? jom kita lihat 10 tips bagaimana nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang..

1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

macam yang aku cakap diawal tadi, cinta yang sejati amat sukar dicari, namun bila dah jumpa cinta sejati itu, belailah ia, jagalah ia dengan sebaiknya kerana mungkin cinta sejati yang datang itu satu dalam seribu, semoga tips-tips ini dapat membantu korang dalam memelihara cinta sejati korang..

PERMULAAN RANSANGAN SEKS


Setelah melewati usia remaja, setiap orang akan merasakan suatu dorongan seksual. Dorongan seksual adalah perasaan erotis terhadap lawan jenis, dengan tujuan akhir melakukan hubuungan seksual. Pada awal usia remaja, dorongan seksual muncul kerana pengaruh hormone testosteron pada lelaki. Namun demikian, pelbagai faktor lain ternyata juga berperanan dalam menimbulkan dorongan seksual seperti faktor psikologi, ransangan seksual dari luar dan pengalaman seksual sebelumnya.

Dorongan seksual akan semakin kuat jika ada ransangan dari luar, baik yang bersifat fizikal mahupun psikologi. Ransangan psikologi seperti membayangkan kenikmatan berhubungan seksual dengan orang-orang yang disukai. Sedangkan ransangangan fizikal adalah seperti ciuman erotis, pelukan, rabaan bahkan hubungan seksual.

Segala sesuatu yang didasari oleh dorongan atau ghairah seksual disebut sebagai aktiviti seksual. Sebahagian individu berasa puas dengan hanya melakukan aktiviti seksual tanpa hubungan seksual, namun sesetengah yang lain berhasrat untuk melanjutkan aktiviti seksualnya hingga ke hubungan seksual. Baik lelaki mahupun wanita normal mengalami urutan reson fisiologi terhadap stimulasi seksual. Menurut DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders edisi-4) fasa ini dibahagikan kepada 4:

Fasa Pertama adalah Fasa Hasrat
Ditandai oleh khayalan seksual dan hasrat melakukan aktiviti seksual.

Fasa Kedua adalah Fasa Peransangan
Disebabkan oleh stimulasi psikologi (khayalan atau ada objek cinta), stimulasi fisiologi (membelai atau mencium) atau kombinasi keduanya. Fasa ini mengandungi perasaan kenikmatan subjektif. Fasa peransangan ini ditandai oleh perubahan pada alat kelamin (ereksi di bahagian penis).

Fasa Ketiga adalah Fasa Orgasme
Berupa kepuasan dari puncak kenikmatan seksual dengan pelepasan ketegangan seksual dan kontraksi ‘irama’ pada otot-otot pinggul dan organ reproduktif. Perasaan subjektif ejakulasi (pancutan air mani yang kuat) mencetuskan orgasme lelaki. Orgasme lelaki juga disertai oleh empat atau lima kali ‘gerakan’ pada prostat dan organ kelamin lainnya.

Fasa Terakhir adalah Fasa Resolusi
Fasa ini terdiri dari pengaliran darah dari alat genital dan membawa tubuh ke keadaan istirahat. Jika orgasme terjadi, resolusi berjalan cepat, sebaliknya jika tidak terjadi, resolusi memerlukan masa dua hingga enam jam dan mungkin disertai kegelisahan dan mudah marah. Resolusi dengan orgasme ditandai dengan perasaan kesenangan subjektif, releks umum dan releks otot. Setelah orgasme, seseorang lelaki memiliki tempoh ‘rehat’ yang mungkin berlangsung selama beberapa minit hingga berjam-jam. Dalam tempoh ini, mereka tidak dapat dirangsang untuk orgasme lebih lanjut.

Masturbasi atau onani ialah suatu cara mencapai kepuasan seksual dengan jalan merangsang diri sendiri, terutama organ kemaluan, biasanya dengan tangan. Sebenarnya masturbasi merupakan perbuatan yang wajar dilakukan. Bahkan hal ini adalah salah satu ciri khas fasa mengeksplorasi fungsi jari dengan alat genital. Pada kira-kira usia 15 hingga 19 tahun, mereka mula menstimulasi diri sendiri. Sensasi menyenangkan dihasilkan dari sentuhan lembut pada daerah genital. Sensasi tersebut, ditambah dorongan biasanya untuk mengekplorasi tubuh seseorang menghasilkan minat normal dalam kesenangan masturbasi pada saat itu.

Ketika hampir klimaks, lonjakan hormon seks dan perkembangan seks sekunder ditambah keinginan untuk tahu tentang hubungan seksual menyebabkan hubungan masturbasi sering berlaku. Masturbasi telah menyebabkan mitos bahawa ia boleh menyebabkan penyakit mental dan menurukan kemampuan seksual. Sebenarnya tidak ada bukti ilmiah tentang hal ini. Masturbasi menjadi sesuatu yang psikopatologi (penyakit mental) hanya jika masturbasi menjadi obsesi di luar kendalian seseorang, ertinya masturbasi menjadi segala-galanya dan paling utama.

Bagi mereka yang menganggap masturbasi melanggar aturan-aturan agama atau moral dan akan mendatangkan sesuatu yang buruk bagi dirinya, seeloknya tidak melakukannya lagi. Hal ini adalah kerana perasaan itu akan terus menghantui diri anda dan walaupun tidak ada kelainan fizikal, kebiasaan masturbasi kemudian boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada individu yang bersangkutan.

Bagi mereka yang merasa terganggu dengan kebiasaan masturbasi dan ingin melepaskan diri dari kebiasaan itu, bolehlah mencuba hal-hal berikut:
1. Alihkan perhatian pada kegiatan-kegiatan lain yang positif.
2. Tanamkan keyakinan yang kuat untuk tidak melakukannya.
3. Hindari rangsangan seksual jika tidak kuat iman.
Jika tidak berhasil, ada baiknya anda berpuasa untuk mengekang nafsu seks anda, atau minta nasihat dan bimbingan dari pakar psikologi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails