DOWNLOAD FILEM KL GANGSTER
Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus
menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan
filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera
padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.
Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin
mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan
dipertontonkan secara terbuka.Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.
“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.
Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.
Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.
“Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.
Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.
Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.
Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.
Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.
“Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment