SEWAKTU
Kosmo! menantikan sutradara terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk sesi temu bual,
beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang kenalan di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Panggilan
itu ekoran penayangan filem KL Gangster 2 secara haram di sebuah pusat
beli-belah di sana dan atas sebab itu Yusof meminta agar tindakan segera
diambil terhadap premis tersebut untuk mengelakkan perkara menjadi lebih
serius.
“Apabila
diminta untuk menghentikan tayangan, kenalan saya didatangi sekumpulan gengster
pula sampai melarat ke balai polis.
“Ingin
saya ingatkan, jangan mengambil tindakan tidak bijak untuk menayangkan filem KL
Gangster 2 secara haram. Jangan berkompromi atau menjual DVD atau VCD cetak
rompak!” tegas Yusof yang ditemui usai tayangan perdana filem KL Gangster 2 di
One Utama, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Yusof
menjelaskan, sejak isu ketirisan filem arahan anaknya, Shamsul Yusof itu
beberapa minggu sebelum ini, dia tidak putus-putus dihujani panggilan telefon
bertanyakan situasi sebenar.
Kontroversi
berantai
Untuk
memujuk hati kata Yusof, filem KL Gangster 2 yang telah tersebar lebih awal itu
baru 50 peratus sempurna dari segi pasca produksi termasuk skala warna dan
kesan visual khas.
“Perkara
yang telah berlaku merupakan satu ujian dan hidup ini tidak mudah. Sepanjang
dua tahun filem ini menjalani pembikinan, pelbagai krisis timbul dan saya fikir
tempoh suntingan lebih lapan bulan memang berbaloi dan memuaskan hati,”
ujarnya.
Krisis
anak bapa (antara Yusof dan Shamsul), ketirisan filem dan terbaharu,
kontroversi skandal Adi Putra, bagi Yusof merupakan cabaran terbesar sepanjang
pembabitannya dalam industri perfileman.
“Hidup
ini perlu cekal dan inilah cabaran. Sukar untuk menduga sambutan filem apabila
masuk panggung, mungkin ada filem yang dirasakan laku tapi akhirnya tak jalan.
Saya terima ketentuan Allah,” katanya yang menjelaskan siasatan mencari dalang
terbabit kes ketirisan filem KL Gangster 2 masih berlanjutan.
No comments:
Post a Comment