SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Sunday, November 27, 2011

KONTROVERSI FFM24 (ARTIS MALAYSIA)


BELUM habis lagi orang bercerita mengenai Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). Paling terbaru, cerita berbaur kritikan itu bukan lagi datang daripada karyawan seni atau media, tetapi tetamu kehormat yang turut menghadiri malam kemuncak itu.

Antara komen mereka, dewan yang boleh muat lebih 2,000 orang kelihatan lompong, artis pun tak ramai datang dan itu belum termasuk karyawan seni yang merajuk.


Menurut sumber CAK, apabila ditanya kad jemputan, penganjur kata dah habis. Bila dengar kata kad dah habis, legalah hati kerana ia menandakan dewan akan penuh dan setiap pengumuman kemenangan akan disambut dengan sorakan yang pasti menggegarkan suasana.

Rupa-rupanya sedih! Dengarnya, ramai yang sepatutnya masuk ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu tak dapat masuk sebab dihalang oleh anggota Rela yang bertugas pada malam itu.


Apabila majlis dah nak mula dan dewan masih kosong, barulah mereka benarkan orang yang berlonggok-longgok tunggu di luar itu masuk. Entah sapa-sapa, yang berselipar pun diizinkan masuk. Rela ini dapat arahan dari siapalah agaknya.


Rungut tetamu kehormat itu lagi, di kerusi yang dikhaskan untuk artis pun bercampur aduk dengan tetamu jemputan lain. Kalau ada yang bertepuk tangan apabila pemenang diumumkan hanya daripada penyokong mereka.

Bila mana filem Hikayat Merong Mahawangsa menang Filem Terbaik, ‘geng’ itulah yang bertepuk tangan, yang lain seperti menunggu masa nak balik. Kata mereka nampak sangat seperti karyawan seni tidak bersatu hati.


CAK juga diberitahu, mereka ‘kurang’ berminat dengan persembahan terlalu ‘rock’ dan ‘kurang’ berkenan dengan gaya pengacara malam itu.

Kalau dah tetamu kehormat bersuara, CAK teringin juga nak tahu, adakah Gafim masih diberi peluang untuk menganjurkan FFM25? Ada juga yang berbisik ke telinga CAK, suruh Finas ambil alih penganjuran. Opps!!! CAK melaporkan saja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails