Seorang isteri yang pulang ke rumah selepas dua hari merajuk setelah bergaduh dengan suaminya tergamam apabila menemui mayat lelaki itu tergantung di tengah rumah di Jalan Bukit Lagi di sini semalam.
M. Rajasepery, 32, yang ingin mengambil pakaian di rumah terkejut apabila melihat mayat suaminya, P. Surendren, 29, terlentang di atas lantai dengan tali yang diguna untuk menggantung diri masih berada di lehernya pada pukul 1 petang.
Mengimbau semula kejadian itu, Rajasepery memberitahu, dia bertindak keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudara selepas mereka sering bergaduh dan dipukul suaminya sejak sebulan lalu.
Katanya, dia tidak tahu punca sebenar suaminya bertindak demikian.
"Mungkin dia (Surendren) tertekan selepas saya membuat laporan polis ekoran pergaduhan tersebut.
"Kami baru sebulan tinggal bersama kerana sebelum ini suami tinggal di Sungai Petani, Kedah di rumah isteri pertama.
"Kami baru sahaja berkahwin kerana perkahwinan suami dengan isteri pertama tidak dikurniakan anak. Suami bekerja di kedai tayar dan saya telah membuat dua laporan polis kerana saya sering dipukul," dakwanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment