SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, August 5, 2011

PENDATANG ASING MENGEMIS PADA RAMADAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan (JKMWP) mengesan semakin ramai kehadiran pengemis dari negara asing berhijrah ke ibu kota untuk menjadi pengemis pada Ramadan ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKMWP, Mujah Hamat, berkata kesempatan pada bulan mulia ini memberi peluang kepada mereka yang kebanyakan dari Thailand, China dan Kemboja untuk meraih simpati bagi mendapatkan wang.


Katanya, mereka bukan hanya menumpukan lokasi di ibu kota, malah negeri lain.

“Kebanyakan mereka beragama Islam. Masjid dijadikan lokasi utama untuk mereka memperoleh wang kerana tempat itu dikunjungi orang ramai untuk beribadah.


“Peminta sedekah terbabit berada di pintu utama masjid, menunggu orang ramai menghulurkan duit dan ada juga di kalangan mereka cuba membuat helah meraih simpati masyarakat,” katanya dihubungi, semalam.


Menurut Mujah, peningkatan pengemis pada bulan Ramadan bagaikan satu fenomena yang biasa berlaku setiap kali tiba bulan mulia itu dan jumlah itu meningkat sekali ganda dari tahun sebelum ini.

“Mereka memilih Malaysia kerana merasakan rakyat kita pemurah selain faktor ekonomi negara yang bagus ditambah pula majoriti penduduk beragama Islam memudahkan mereka untuk meraih wang dengan segera.


“Ia seperti sudah menjadi bentuk perniagaan apabila mereka menyasarkan untuk mengutip sebanyak mungkin wang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails