SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, February 23, 2011

KEMAHIRAN BELAJAR SECARA KREATIF DAN KRITIS (KBKK)

Manusia yang dicipta Tuhan di muka bumi ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk lain. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif di antara manusia dengan haiwan.


Pengenalan 

Anda akan dibawa untuk mengenali konsep berfikir, jenis-jenis kemahiran berfikir, proses berfikir serta alat-alat untuk membantu anda berfikir supaya anda menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir secara lebih ekslisit. 

1. Definisi  

2. Tujuan Mengajar Kemahiran Berfikir 

3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir  

4. Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir 

5. Cara Mengajar Kemahiran Berfikir 

6. Ciri-Ciri Pemikir Bijak 




Perincian Isi Kandungan 

1 Definisi 

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 

Dapatlah dirumuskan bahawa: 

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami 

2. Tujuan 

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: 

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak 

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah 

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif 

mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit 

meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka 

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik. 


3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir 

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? 

Komponen utama KBKK: 

Berfikir secara kritis, 

Berfikir secara kreatif. 

Apakah kemahiran berfikir secara kritis? 

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. 

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? 

Kecekapan menggunakan minda untuk: 

menjana dan menghasilkan idea, 

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. 

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. 

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? 

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: 

membanding dan membeza: 

membuat kategori, 

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. 

menerangkan sebab. 

membuat sekuen / urutan. 

menentukan sumber yang dipercayai, 

membuat ramalan, 

mengusul periksa andaian, 

membuat inferens 

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: 

mencipta analogi 
menjana dan menghasilkan idea baru 
mencipta metafora, 
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? 

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif. 


4. Alat berfikir 

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. 

Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: 

Soalan dan Penyoalan 
Peta minda 
Pengurusan Grafik 
CoRT 
Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. 


Soalan dan Penyoalan 

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom 
Soalan bertumpu dan bercapah 
Lingkaran soalan 

Peta minda 

Definisi 
Panduan membina peta minda 
Contoh 

Pengurusan Grafik 

Definisi 
Jenis-jenis 

CoRT 


Soalan dan Penyoalan 


Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus 

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom 


Pengetahuan 

Analisis 

Aplikasi 

Kefahaman 

Penilaian 

Sintesis 

Aras Tinggi 

Aras Rendah 



Soalan bertumpu dan bercapah 

Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah 


Soalan Bertumpu 
Soalan bercapah 


Aras rendah 
Aras tinggi 


Jawapan atau respon terhad 
Jawapan atau respon luas 


Berbentuk tertutup 
Berbentuk terbuka 


Sesusi menguji daya ingatan 
Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran 


Lebih bersifat objektif 
Lebih bersifat subjektif 


Lingkaran soalan 


Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994. 


Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails