SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, January 5, 2012

GAMBAR AARON AZIZ BERCUMBU DI PARIS

aaron aziz di paris
Aaron aziz bercumbu
aaron aziz bercumbu di paris
gambar aoron aziz
gambar Aaron aziz di Paris
gambar aaron aziz bercumbu
gambar aaron aziz bercumbu di paris
aaron aziz and wife in paris
aaron aziz wife paris 



ARTIS SEKSI



BAKAL muncul dengan mini albumnya dalam masa terdekat, penyanyi NS Yoonji memilih konsep seksi sebagai transformasi fesyen terkininya.

Menerusi gambar yang dimuat naik di dalam laman peribadinya pada 3 Januari lalu, Yoonji dilihat memakai kemeja putih bersama stoking hitam yang menampakkan bentuk kakinya yang panjang. Dia juga menukar warna rambutnya daripada hitam kepada warna perang.

Malah dia juga tampil seksi dan mengejutkan di dalam klip video single pertamanya, The Reason I Became a Witch.

Transformasi seksinya itu mendapat reaksi positif daripada peminat. Ramai yang memuji penampilan baharunya yang mengatakan dia nampak hebat.

Salah seorangnya menulis komen di laman tersebut yang berbunyi: "Walaupun kamu hanya memakai kemeja putih, tapi kamu nampak hebat. Sangat teruja untuk menanti kamu melancarkan album ini nanti."

Album mini yang diberi judul Neo Spirit itu mula dilancarkan di Korea pada hari i

BANTAHAN PERHIMPUNAN PENYOKONG ANWAR IBRAHIM


Sebanyak 530 laporan polis daripada pelbagai pihak dibuat di seluruh negara sehingga 2 petang hari ini bagi membantah rancangan perhimpunan oleh penyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), 475 laporan diterima setakat semalam.
Hari ini, dua lagi laporan polis dibuat iaitu oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar menggesa polis mengambil tindakan pencegahan awal untuk menghadapi perhimpunan itu.

"Kita risau kesusahan akan berlaku bagi warga kota. Ia boleh menjejaskan rutin harian orang ramai," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Presiden PPPM, Datuk Mohd Firdaus Abdullah, berkata pihaknya membuat laporan polis di Kuantan pada jam 3 petang tadi sebagai membantah perhimpunan itu.

Beliau berkata, perhimpunan itu antara lain, akan mengundang kesusahan kepada masyarakat Cina di negara ini yang membuat persiapan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
"Kita dapat laporan mereka (orang Cina) takut untuk datang membeli-belah di Kuala Lumpur sempena menyambut Tahun Baru cina tidak lama lagi," katanya.

Perhimpunan itu dirancang sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapi Anwar yang dijadual diumumkan pada Isnin.

MAHASISWA UPSI CEDERA PARAH


Orang ramai boleh menilai kebenaran berhubung tindakan polis menangani demonstrasi oleh sekumpulan penuntut berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, pada awal pagi Ahad lalu menerusi klip video dipaparkan menerusi laman YouTube sejak kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata paparan mengenai tindakan polis menangani perhimpunan haram itu menunjukkan tidak ada kekasaran berlaku.
“Ia ditunjukkan (rakaman video) dalam YouTube, orang ramai boleh menilai sendiri siapa yang bercakap benar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ismail tidak merujuk secara khusus kepada mana-mana klip video dalam laman itu.

Katanya, beliau juga menyiasat dan puas hati cara polis menangani perhimpunan haram itu dan menegaskan tidak ada kekasaran dilakukan terhadap penuntut seperti didakwa pihak tertentu.

“Tiada kekerasan dilakukan. Saya sudah siasat perkara ini dan berpuas hati dengan tindakan polis yang cukup profesional,” katanya. 
Turut hadir pada sidang media itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ismail berkata, polis memberikan tempoh 40 minit kepada penunjuk perasaan itu supaya bersurai, namun arahan itu tidak dihiraukan sebaliknya mereka melakukan provokosi terhadap polis.

Media internet semalam melaporkan empat paparan video berkenaan yang semuanya sepanjang kira-kira enam minit yang dimuatnaik oleh pihak yang menamakan dirinya ‘PDRMalaysia’ dipercayai memaparkan detik awal tindakan polis terhadap penunjuk perasaan, termasuk usaha berunding dengan penganjur.

Klip bertajuk ‘Demonstrasi Mahasiswa Di Hadapan UPSI’ juga memaparkan suara laungan pihak tertentu dipercayai penunjuk perasaan yang mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan dan UMNO ketika polis berunding dengan wakil mereka.

Paparan video itu juga mengemukakan petikan ‘kepada rakyat Malaysia adakah anda inginkan bakal pemimpin sebegini? Kepada ibu bapa, adakah anda inginkan anak-anak anda terbabit dengan kegiatan sebegini? Kepada pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan membabitkan diri dengan aktiviti sebegini? (demonstrasi haram).

Sementara itu, Hishammuddin berkata, dakwaan polis melakukan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram itu tidak benar dan meminta semua pihak tidak mengikut emosi.

“Banyak dakwaan terhadap polis sejak beberapa hari ini, tapi semuanya tidak benar. Kita nasihatkan orang ramai jangan ikut emosi dan jangan percaya apa saja yang dikeluarkan, beri peluang dan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjelaskan maklumat yang tepat.

“Sekiranya pihak polis tidak diberi peluang dedah perkara ini (menerusi rakaman video), mungkin lebih ramai yang terpengaruh bahawa polis melakukan kekerasan,” katanya

ABBY ABADI KAHWIN DENGAN ZUL ARIFFIN


SEPADAN ATAU TIDAK??


BARU dua bulan berpisah, pelakon kacak, Zul Ariffin mengakui masih sukar untuk melupakan bekas kekasihnya, Abby Abadi. Malah kata Zul, sampai hari ini, Abby masih ada dalam ingatannya.

“Apabila orang tanya apa perasaan saya terhadap Abby, saya akui masih sayangkan dia. Maklumlah, kami baru saja berpisah dan saya perlu masa untuk melupakan cinta kami yang tak kesampaian itu.
“Pada masa sama, saya tidak terfikir untuk mencari pengganti dengan segera. Saya sendiri tidak tahu, sama ada kami mungkin akan berbaik semula atau tidak selepas ini. Saya serahkan soal ini kepada Tuhan. Kalau ada jodoh kami, adalah...” katanya.

Ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Abby selepas berpisah, kata Zul, mereka belum berpeluang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan karier dan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.


“Secara kebetulan, saya terbabit dengan penggambaran filem genre seram, Penanggal arahan Ellie Suriaty. Penggambaran membabitkan lokasi di luar ibu kota termasuk Kuala Kangsar, Perak.


“Ada baiknya, kami berjauhan dulu selepas perpisahan itu kerana saya tidak mahu fokus terganggu untuk filem seram ini. Sebelum ini terlalu banyak kisah peribadi saya dan Abby dihebohkan media sehingga orang pun terlupa perkembangan kerjaya kami,” katanya.

Zul juga tidak menafikan ada pihak menganggap dia selalu dibayangi Abby ketika mereka hangat bercinta dulu.

“Mungkin kerana kami selalu berdua ke mana-mana dan pada masa sama turut berlakon drama yang sama. Sebab itu timbul ceria saya dibayangi Abby.

“Hakikatnya, saya banyak belajar selok-belok lakonan daripada Abby kerana dia lebih berpengalaman. Justeru, azam saya pada 2012 ini adalah untuk fokus kepada bidang lakonan yang semakin sebati dalam diri,” katanya.

Mengulas lanjut filem terbaru lakonannya yang juga genre seram, Penanggal terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd, Zul mengakui wataknya sebagai Syed Umar lebih mencabar daripada yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Saya akui, banyak buat drama sebelum ini dan sampai masanya saya kembangkan karier lakonan ke layar perak pula. Watak Syed Umar pula menarik kerana dia adik kepada Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar). Ini filem kedua lakonan saya selepas KL Drift. Bagaimanapun, watak saya dalam filem KL Drift itu kecil saja dan kurang menyerlah.

“Ia berbeza dengan filem Penanggal ini. Sudah lebih dua minggu kami di lokasi penggambaran filem ini sejak 11 Januari lalu. Saya seronok melakonkan watak Syed Umar terutama perlu menjiwai dialog dalam bahasa Arab dan bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Azri. Penggambaran filem ini dijangka berakhir pada 23 Januari nanti,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Ellie, kata Zul, dia mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu lakonan dengan pelakon berkaliber itu.

“Saya pernah bekerja dengan Ellie dalam drama untuk slot Lagenda berjudul Laila Manja. Pada masa itulah, Ellie tawarkan saya untuk berlakon filem Penanggal arahannya.

“Saya memang menanti peluang untuk bekerja dengan pelakon dan pengarah yang hebat sepertinya. Sepanjang penggambaran, Ellie banyak membimbing dan dia tahu apa yang dia nak dalam filem ini,” katanya.

Azri juga menafikan Ellie adalah pengarah yang garang seperti diperkatakan segelintir pihak.

“Ellie tidak garang di lokasi seperti yang diperkatakan orang sebaliknya banyak mengajar selaras dengan dirinya yang juga guru lakonan. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang mementingkan kesempurnaan dalam karyanya.

“Saya juga sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan sebagai pelakon. Selain itu, saya berharap filem ini akan mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni tempatan,” katanya.

Buat masa ini, kata Zul dia hanya terbabit dalam filem Penanggal semata-mata.
“Sebelum ini, saya memang buat dua atau tiga projek dalam satu masa tapi kali ini, fokus saya pada filem penanggal yang juga drama berat ini.

“Saya ingin beri tumpuan sepenuhnya pada filem ini kerana tidak ingin mensia-siakan kepercayaan diberikan Ellie dan produser,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails