SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, January 5, 2012

MAHASISWA UPSI CEDERA PARAH


Orang ramai boleh menilai kebenaran berhubung tindakan polis menangani demonstrasi oleh sekumpulan penuntut berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, pada awal pagi Ahad lalu menerusi klip video dipaparkan menerusi laman YouTube sejak kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata paparan mengenai tindakan polis menangani perhimpunan haram itu menunjukkan tidak ada kekasaran berlaku.
“Ia ditunjukkan (rakaman video) dalam YouTube, orang ramai boleh menilai sendiri siapa yang bercakap benar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ismail tidak merujuk secara khusus kepada mana-mana klip video dalam laman itu.

Katanya, beliau juga menyiasat dan puas hati cara polis menangani perhimpunan haram itu dan menegaskan tidak ada kekasaran dilakukan terhadap penuntut seperti didakwa pihak tertentu.

“Tiada kekerasan dilakukan. Saya sudah siasat perkara ini dan berpuas hati dengan tindakan polis yang cukup profesional,” katanya. 
Turut hadir pada sidang media itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ismail berkata, polis memberikan tempoh 40 minit kepada penunjuk perasaan itu supaya bersurai, namun arahan itu tidak dihiraukan sebaliknya mereka melakukan provokosi terhadap polis.

Media internet semalam melaporkan empat paparan video berkenaan yang semuanya sepanjang kira-kira enam minit yang dimuatnaik oleh pihak yang menamakan dirinya ‘PDRMalaysia’ dipercayai memaparkan detik awal tindakan polis terhadap penunjuk perasaan, termasuk usaha berunding dengan penganjur.

Klip bertajuk ‘Demonstrasi Mahasiswa Di Hadapan UPSI’ juga memaparkan suara laungan pihak tertentu dipercayai penunjuk perasaan yang mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan dan UMNO ketika polis berunding dengan wakil mereka.

Paparan video itu juga mengemukakan petikan ‘kepada rakyat Malaysia adakah anda inginkan bakal pemimpin sebegini? Kepada ibu bapa, adakah anda inginkan anak-anak anda terbabit dengan kegiatan sebegini? Kepada pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan membabitkan diri dengan aktiviti sebegini? (demonstrasi haram).

Sementara itu, Hishammuddin berkata, dakwaan polis melakukan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram itu tidak benar dan meminta semua pihak tidak mengikut emosi.

“Banyak dakwaan terhadap polis sejak beberapa hari ini, tapi semuanya tidak benar. Kita nasihatkan orang ramai jangan ikut emosi dan jangan percaya apa saja yang dikeluarkan, beri peluang dan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjelaskan maklumat yang tepat.

“Sekiranya pihak polis tidak diberi peluang dedah perkara ini (menerusi rakaman video), mungkin lebih ramai yang terpengaruh bahawa polis melakukan kekerasan,” katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails