SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, December 10, 2011

LISA DAN YUSRI BAKAL BERKAHWIN 2012



Gossip tarikh yusry dan lisa surihani kahwin pada 25 Februari 2012? Gossip mengenai bila tarikh perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani masih lagi menjadi tanda tanya kerana pasangan ini menyatakan bahawa mereka akan kahwin pada awal tahun 2012. Menurut sumber, Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU.

Melalui satu lagi kenyataan dilaman twitter mengatakan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU bakal naik pelamin pada 25 Februari 2012 nanti.Apapun, ia masih lagi hanya khabar angin. Tidak lama lagi, yusry mesti akan mengumumkan tarikh rasmi perkahwinan mereka itu.

PENARI TIANG DAN PUSAT SEKS


KUALA LUMPUR: Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.


Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.

‘’Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,’’ katanya.


Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.

DATIN TERSEKSA BATIN


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak tahan dengan perangai kasanova suaminya.

Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang melihat wanita ‘berdahi licin’, tetapi lelaki berusia 50-an itu juga mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan.

Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38, berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal.

Menurutnya, dia hilang sabar dengan sikap ‘kaki perempuan’ suaminya sejak berkahwin hampir 10 tahun lalu dan tidak berubah walaupun kini berusia 50-an.


“Saya banyak kali terjumpa gambar dan rakaman video dia dengan pasangannya ‘beraksi’. Kalau dia pergi ke luar negara, pasti saya memeriksa kameranya kerana saya pernah lihat banyak gambar ‘melaram’ dengan wanita asing.

ARTIS MALAYSIA TAK LAKU BERNIAGA


MAKIN ramai artis yang berniaga. SS dapat tahu bukan hanya menceburi perniagaan berasaskan makanan, malah ada yang membabitkan diri dalam barangan kesihatan dan solekan. Kini paling popular menghasilkan pakaian dengan jenama artis itu sendiri.

Mungkin ramai yang tahu sebelum ini Awal Ashaari dan Dynaz Mokhtar menceburi perniagaan pakaian (D&A), pelakon sensasi Neelofa pula menerusi perniagaan kasut yang diusahakan secara online begitu juga busana muslimah yang diusahakan Irma Hasmie dan Aida Khalida.
Masing-masing punya perancangan dan strategi perniagaan sendiri. Biarpun sibuk dengan aktiviti seni, golongan karyawan seni yang berminat menceburi bidang perniagaan ini boleh dikatakan antara mereka yang gigih membina nama secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.

Terbaru, SS dapat tahu pasangan suami isteri selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan juga mula mengorak langkah dalam perniagaan pakaian. Mizz Nina tampil dengan rekaan dan koleksi pakaiannya apabila gaya penampilannya di pentas sering menarik perhatian.



Begitu juga Noh vokalis kumpulan Hujan yang mempunyai pengikut tersendiri. SS difahamkan Noh sering tampil berpakaian ringkas mula tampil dengan gaya tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila mendapat beberapa tajaan daripada syarikat barangan pakaian terkemuka antarabangsa.


SS dapat tahu baru-baru ini Noh dan anggota kumpulan Hujan diundang melancarkan jenama pakaian indie sendiri dengan label Vox Tribe, bertemakan budaya Jepun dan Ninja. Difahamkan jenama pakaian terkemuka itu akan menaja kelengkapan pakaian untuk dipakai oleh band itu selama setahun.

Nampaknya Noh dan bandnya akan muncul dengan gaya samurai yang popular di negara mata hari terbit itu. Mungkin juga menghasilkan klip video dan lagu yang mendapat sentuhan elemen Jepun. Siapa tahu?

ARTIS KACAK MALAYSIA MINAT CINTA SEJENIS


TERLOPONG seketika SS bila mendengar cerita mengenai seorang artis kacak berperangai tidak senonoh. Jika melihat pada susuk tubuh badan, mungkin ramai yang tidak menyangka artis ini mempunyai nafsu bertentangan dengan tuntutan agama.

Artis ini pernah bercinta dengan selebriti popular dan daripada pengalaman itu, peminat beranggapan dia seorang lelaki yang masih menagih cinta wanita.
Menurut rakan SS, cinta artis ini sebenarnya sudah beralih arah apabila meminati kaum sejenis. Sejauh mana kebenarannya, SS sendiri sukar pastikan kecuali jika artis ini berani tampil memberi kenyataan.

Apa yang menjadi bualan hangat rakan SS ketika ini apabila artis ini bergambar dengan pasangannya dalam keadaan seksi di dalam sebuah hotel. Rasanya, tidak perlu SS terangkan ‘posse’ seksi yang dilakukan, cukup sekadar peminat menggambarkan artis ini beraksi tanpa baju.



Rakan SS berkesempatan melihat beberapa keping gambar seksi artis ini yang menampakkan dia bersama pasangannya cukup mesra.


SS cuba berfikiran positif mungkin gambar sebegitu diambil sekadar suka-suka. Tetapi bila SS memikirkan cerita artis ini mempunyai teman lelaki, nampaknya gambar ini boleh mengundang kontroversi pada dirinya.

Sumber rakan SS itu turut menyatakan buat masa ini, gambar berkenaan belum lagi dikeluarkan blogger. SS pun bimbang andai gambar ini disebarkan.

Apa yang SS harapkan, artis kita pandai bawa diri bila membabitkan hal peribadi. Memang artis juga berhak mempunyai ‘privacy’ sendiri, tetapi jika terkantoi gambar tidak senonoh, kelak seluruh keluarga berasa malu. Pesan SS, berhati-hati ketika bersosial.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails