KEMATIAN ABAM DICEMBURI
PENDAKWAH bebas, Ustaz Rahim Nasir menyeru masyarakat Islam
mengambil iktibar daripada kematian pelawak popular Abam Bocey, Isnin lalu.
Rahim dalam
ceramahnya bertajuk ‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam,
turut berkongsi betapa bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan
darjatnya.
Katanya, dalam
kehidupan seorang manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.
“Macam Abam, apa
yang berlaku pada hari kematiannya apabila diziarah ramai orang hingga tidak
terkira banyaknya. Itu adalah rezeki arwah.
Rahim yang mengakui
terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan akhir Abam, turut berkongsi dengan
jemaah mengenai keperibadian Allahyarham.
“Saya pernah
berkesempatan bertemu arwah beberapa tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dalam
forum agama. Saya selaku salah seorang penceramah dan arwah adalah moderator.
“Abam memang seorang
pelawak yang bagus. Saya akui dia memiliki pekerti akhlak sangat baik seperti
sangat menghormati orang lain dan suka meminta maaf.
“Selain itu, arwah
juga gemar menghadiri majlis ilmu. Dia tidak melihat bayaran diterima tetapi
sanggup hadir kerana sukakan ilmu,” katanya.
Dalam ceramahnya,
Rahim turut memuji sikap Abam yang tidak pernah meninggalkan ibunya dan
sentiasa mengingati orang tua.
jangan spam
ReplyDelete