SETELAH terpaksa membatalkan
perkahwinan mereka pada 8 Ogos lalu, status pertunangan pelakon Amyra Rosli dan
Dazrin Kamarudin menjadi tanda tanya.
Namun, segala persoalan terjawab
apabila Amyra mengakui bahawa dia kini bersendirian.
Kontroversi Amyra dan Dazrin menjadi
hangat sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua belah pihak bertindak
mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai status pertunangan
mereka itu.
Namun demikian, Amyra yang tidak
mahu memanjangkan isu tersebut menegaskan bahawa dia kini tidak lagi terikat
dengan sesiapa.
Ikuti kenyataan terkini Amyra yang
dihubungi Kosmo!, semalam.
Kosmo!: Apakah status terkini
hubungan Amyra dengan tunang anda, Dazrin selepas kalian terpaksa membatalkan
perkahwinan yang dijadualkan pada 8 Ogos lalu?
AMYRA: Pada mulanya, saya enggan
memberikan penjelasan lanjut kerana isu perkahwinan dan pertunangan yang
merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Apa yang boleh saya jelaskan di sini,
saya kini bersendirian dan tidak terikat dengan siapa-siapa. Sememangnya saya
akui, ia keputusan yang sangat berat buat kami berdua, namun segalanya telah
tertulis. Lagipun, masih banyak lagi yang masih belum dikecapi termasuk bidang
karier seni dan kehidupan kami.
Kenapakah anda mengambil keputusan tersebut
memandangkan kalian sudah lama saling kenal mengenali antara satu sama lain?
Apa yang boleh saya katakan di sini,
kami sama-sama setuju untuk tidak terikat lagi. Biarlah perkara ini menjadi
pengajaran buat kami. Saya berharap semua dapat menghormati keputusan ini.
Selepas tidak lagi terikat,
bagaimanakah hubungan terkini anda dengan Dazrin?
Kami masih lagi berhubung antara
satu sama lain dan dia juga masih lagi menghubungi ibu saya. Namun, segalanya
berkaitan hal kerja sahaja. Apapun, hubungan antara keluarga saya dan dia masih
baik seperti sebelum ini dan mereka sangat memahami.
Sesetengah pihak mendakwa anda
mempunyai hubungan dengan pihak ketiga ketika bersama Dazrin, sejauh manakah
kebenaran dakwaan tersebut?
Saya menafikan sama sekali kenyataan
itu memandangkan semasa saya dengan Dazrin, dia selalu bersama saya dan tahu
mengenai pergerakan saya. Tidak mungkin saya bersama orang lain. Selepas kami
mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, saya masih lagi belum mempunyai
pengganti dan saya masih belum terfikir untuk mempunyai teman lelaki buat masa
terdekat ini.
Selepas memutuskan hubungan dengan
Dazrin. Apakah perancangan masa hadapan anda?
Buat masa sekarang, saya enggan
memikirkan mengenai teman lelaki. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada
karier seni. Kebelakangan ini, rezeki saya dalam bidang lakonan bertambah dan
saya sangat bersyukur apabila pihak produksi mula memandang kebolehan saya
dengan memberi watak yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Apakah perkembangan terbaharu anda
dalam karier seni?
Selain muncul dalam drama Kristal
Maya yang kini sedang ditayangkan diTV3, saya kini sedang menjalani
penggambaran sebuah telemovie berjudul Kereta Kita yang dijadualkan untuk
ditayangkan menjelang Hari Malaysia pada 16 September. Selain itu, saya juga
kini bersiap sedia untuk menjalani penggambaran drama Antara Cinta Arrisa.
No comments:
Post a Comment