Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam
tiga tahun selepas menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, malam
tadi.
City
yang hanya perlu seri menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding
Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas
Newcastle United yang bermain dengan sembilan orang.
Samir
Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten
pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan
mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48.
Kemenangan
ini menyaksikan City menjaringkan sebanyak 102 gol musim ini dan hanya
kekurangan satu gol untuk menyamakan rekod Chelsea pada musim 2009/10.
Foto
PEMAIN
Manchester City meraikan kemenangan liga. FOTO EPA
Warga
Chille Manuel Pellegrini juga adalah pengurus pertama dari luar Eropah yang
berjaya membimbing pasukannya ke takhta EPL.
Di
Anfield, suasana diam seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri
pada babak pertama tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak
buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana Inggeris.
Dua
lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menang ke atas lawan
masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok
ter atas liga.
Dengan
keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga
Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan
kelayakan.
Sementara
itu, tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff bakal tersingkir ke
Liga Kejua raan musim depan.
No comments:
Post a Comment