Aeril turut diasak media tentang
kesangsian pernikahan dua kali yang dilakukannya sedangkan kedua-dua majlis itu
diadakan dalam negara iaitu di Petaling Jaya, Selangor.
Menurutnya, pernikahan pertama
mereka itu sah di sisi syarak kerana telah menepati rukun nikah.
"Tiada masalah dalam pernikahan
pertama itu dari sisi syarak walaupun tidak dapat didaftarkan. Saya tidak kisah
jika anda menyatakan bahawa ia tidak mengikut undang-undang negara apabila
tidak mendaftar kerana perkahwinan itu halal di sisi Allah.
"Namun, ia terpaksa dirahsiakan
dan dianggap dalam keadaan darurat kerana mahu menjaga kedudukan Wawa bersama
kontraknya itu," kata Aeril yang membintangi filem 7 Petala Cinta, Budak
Pailang dan 99 Kali Rindu ketika di bawah pengurusan MIG.
Menjelaskan bagaimana dia mengenali
Wawa, menurut Aeril, hubungan cinta mereka berputik sejak 2010 ketika sama-sama
membintangi sebuah drama.
"Saya berkenalan dengan Wawa
ketika sama-sama terlibat dalam drama Klik (siaran Astro). Seterusnya kami mula
bercinta, namun dihalang pihak pengurusan (ketika itu Aeril dan Wawa di bawah
MIG) dan dimarahi.
"Percintaan kami pada 2011
semakin banyak halangan apatah lagi saya telah kehilangan ibu dan mendapat
penyakit keturunan. Ketika itu saya mula dekatkan diri dengan Tuhan.
"Selepas mendalami ilmu agama,
saya bertemu bapa Wawa pada tahun 2012 untuk bertanyakan tentang hubungan kami
dan bapanya menerima saya," ujar pelakon yang berasal dari Kluang, Johor
itu.
Aeril dan Wawa pernah sama-sama
mengikat kontrak di bawah MIG sebelum Aeril membuat keputusan keluar daripada
syarikat terbabit pada Mei lalu atas alasan mahu mendalami bidang agama dan
mahu mengatur jadual karier sendiri.
No comments:
Post a Comment