Mengenali sikap pelakon dan produser sensasi ini ramai tahu dia seorang yang tegas dan nampak garang.
Bukan hanya kepada pekerja malah barisan pelakon yang pernah berkerja sama dengannya juga berasakan demikian.
Begitupun, ada di kalangan teman rapat pula mempunyai tanggapan berbeza. Dia bukan saja suka membantu orang yang berdepan kesusahan malah boleh bertolak ansur ketika bekerja.
Mungkin dia tegas pada perkara tertentu itu untuk memastikan pekerja menghormati dirinya sebagai bos dan jangan main-main.
Yang pasti, kalau SS sebut namanya memang ramai yang kenal lebih-lebih lagi pelakon bergelar produser itu pernah menimbulkan kontroversi dan dikaitkan dengan beberapa isu.
Malah SS difahamkan ketegasan yang SS cakapkan tadi bukan saja membabitkan pekerja dan pelakon saja malah dia juga dikatakan bersikap ‘queen control’ kepada suami. Betul ke?
SS dapat tahu dalam ketegasan pelakon dan produser drama itu timbul juga cerita bahawa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta kini sedang bergolak.
Perkahwinan keduanya itu awalnya nampak macam bahagia selepas dikurniakan zuriat.
Begitupun entah di mana silapnya tiba-tiba hubungan pasangan itu semakin renggang sejak beberapa bulan kebelakangan.
Menurut sumber SS, masalah mula timbul selepas munculnya orang ketiga yang tiba-tiba ‘celah bedah’ (mengganggu).
Pada mulanya pelakon dan produser berkenaan tidak mengetahui mengenai sikap mata kayu tiga suaminya itu.
Mungkin selepas dapat menghidu sesuatu yang tidak kena hingga timbul rasa curiga membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri perkara itu. Lalu dia menemui beberapa bukti yang membabitkan suami dan kekasih gelapnya itu. Hah, dah ‘kantoi’ ke?
Memang artis berkenaan cukup bengang dengan suami–nya itu. Begitupun apa yang boleh buat kerana nanti malu pula kena naik turun mahkamah lagi.
No comments:
Post a Comment