Kita gemakan suara ini
dengan impian percikan sinar baru
kita palitkan warna damai perpaduan
kita lukiskan dengan pelbagai corak
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti untuk yang perlu
kita hiasinya segala yang ada
kita namakan suara 1Malaysia,
terhimpun di dalamnya
pelbagai kaum dan agama.
Karya:
Sidi
Kapit, Sarawak
Sama-samalah kita laungkan 1 Malaysia
ReplyDelete