SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, February 2, 2010

Kisah Si Pencari Kayu Api

Pada suatu hari, Si Pencari kayu api seperti biasa dengan tugas hariannya iaitu mengumpul kayu api di dalam hutan. Sebilah kapak tua dan buruk dijadikan temannya. Setelah asyik memotong kayu api tiba-tiba kapaknya terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai. Hatinya sangat sedih kerana kapak itulah satu-satunya alat yang digunakan olehnya untuk mencari sesuap nasi. Lagi pula dia tidak pandai berenang. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba muncul seorang tua yang terbongkok-bongkok.

ORANG TUA : Kenapa tuan hamba mengangis?

SI PENCARI KAYU API : Kapak hamba terjatuh ke dalam sungai.

ORANG TUA : Jangan lagi bersedih, hamba akan membantumu.

SI PENCARI KAYU API : Benar????(Tersenyum dan gembira)


Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak perak.

ORANG TUA : Inikah kapak tuan hamba?

SI PENCARI KAYU API : Bukan.

Orang tua terjun semula ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak gangsa.

ORANG TUA : Adakah yang ini?

SI PENCARI KAYU API : (menggeleng-gelengkan kepalanya)


Orang tua terjun semula dengan membawa sebilah kapak emas.

ORANG TUA : Ini kan?

SI PENCARI KAYU API : Bukan yang itu. Kapak saya sangat buruk.


Orang Tua tersebut terjun semula ke sungai dengan membawa sebilah kapak yang tua dan buruk.

SI PENCARI KAYU API : Ya..yahooo…itulah kapak hamba. Terima kasih (dia melompat-lompat dengan hati yang gembira )

ORANG TUA : Tuan hamba sangat jujur dan tulus. Hamba akan menghadiahkan ketiga-tiga kapak ini untuk kamu.

Si Pencari Kayu Api itu sangat gembira kerana beliau memiliki kapak emas, gangsa, dan perak.

Seminggu selepas itu………………

Pencari Kayu Api bersiar-siar bersama-sama dengan isteri kesayangannya di tempat kejadian kapaknya terjatuh ke dalam sungai. Setelah asyik bersiar-siar, tiba-tiba isterinya terjatuh ke dalam sungai kerana terpijak batu di tepi sungai. Si Pencari Kayu Api sangat sedih dan menangis kerana isteri kesayangannya terjatuh ke dalam sungai dan tidak tahu berenang sama sepertinya. Tiba-tiba muncul seorang tua yang berjalan menggunakan tongkat.


ORANG TUA : Wahai Si Pencari Kayu Api, kenapa tuan hamba menangis?

SI PENCARI KAYU API : Isteri hamba terjatuh ke dalam sungai. ( dengan nada yang sedih dan pilu)

ORANG TUA : Janganlah bersedih, hamba akan menolongmu.


Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai dengan membawa seorang gadis cantik dan menawan iaitu Siti Nurhaliza.

ORANG TUA : Inikah isteri tuan hamba?

PENCARI KAYU API : Ya..ya..inilah isteri tuan hamba.

ORANG TUA : Wahai tuan hamba, atas ketidakjujuran dan ketidakikhlasan maka, hamba mengambil semula kapak yang hamba bagi kepada tuan hamba dahulu dan perempuan ini hamba tidak akan beri kepada tuan hamba.

PENCARI KAYU API : Wahai orang tua yang sangat baik hati…jikalau hamba mengatakan dia bukan isteri tuan hamba, tentulah engkau akan terjun ke dalam sungai semula dengan membawa Misha Omar, Stacy, Yuna, Britney Spear dan Fasha Sanda. Atas kejujuran hamba maka tentulah engkau akan menghadiahkan kesemua perempuan tersebut kepada hamba. Hamba seorang yang sangat miskin, mana larat hamba menyara hidup semua isteri hamba. Hamba tidak larat nak beli make up, baju, kasut tumit tinggi, kereta, rumah besar dan sebagainya.

ORANG TUA : (Tersenyum saja mendengar penjelasan daripada Si Pencari Kayu Api). Tuan Hamba bukan hanya seorang yang jujur malah seorang yang sangat bijaksana.

Orang tua itu pun hilang dari pandangan………….

19 comments:

  1. hahaha.. nice story.. apa yg penting jujur dan ikhlas..

    ReplyDelete
  2. pengajarannya adalah kita haruslah jujur dan iklas serta bijak dalam membuat keputusan..

    ReplyDelete
  3. kisah ni aku slalu dengar time kecik2 dulu.. hahaha..
    tapi jd klakar lak ada siti nurhaliza.. heh!

    ReplyDelete
  4. best story bro.. bnyak pengajaran yg leh dapat dari citer di atas

    ReplyDelete
  5. hahaha..dulu kt skola ezma masuk story telling taw.cte dye pasal mnde ni la.haha.TAPI!!! bukan cte yg part bawah tu ye.ekekeke.. :P

    ReplyDelete
  6. hehehe.. citer yg sgt menarik dan mempunyai maksud yg sgt mendalam..:)

    ReplyDelete
  7. best cter ni kan?
    part bwh ada lucu ckit..logik kan...hehe...
    rekaab semata-mata...huhuhu

    ReplyDelete
  8. nice story.
    ada moral value;D

    ReplyDelete
  9. teringat arwah tok..selalu masuk hutan bawa kapak..memori..

    ReplyDelete
  10. keikhlasan dan kejujuran itulah kunci utama.. apapun tqvm pren sudi kongsikan cerita ini.. :D

    ReplyDelete
  11. hahahah... bllg suka.. bllg suka... hihi

    ermm cter bllg dlu .. bpk selalu cter.. tapi da baru ada siti.. misha.. stacy sume.. hihi =P

    ReplyDelete
  12. hahaha...cm serius je cite die...last2 kuar sume yuna fasha...thumbs up la

    ReplyDelete
  13. ini versi baru nie, satu tak sempat masuk. kENA TAMBAH SORANG LAGI mAYA KARIN. lagi syok dibuatnye.. eee

    ReplyDelete
  14. hehehe...nanti masukkan maya karin..

    ReplyDelete
  15. nice story kalau lah uncle jadi pengumpul kayu api tu hihihi

    ReplyDelete
  16. hehehe...pengajarannya ialah mesti jujur dan ikhlas serta bijaksana..

    thnk 4 yr all comment...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails