KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari
pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah
Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),
Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap
ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat
JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen
yang bercanggah dengan hukum syarak.
Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun
Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu,
Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20,
dan Muhammad, 21 tahun.
Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri
Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad
Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun,
41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam.
Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak.
Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu
didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki
dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran
Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda
RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.
INFO TERKINI
Thursday, May 16, 2013
ANUAR ZAIN BAKAL BERKAHWIN DENGAN DAYANG
BILE AGAKNYA??
BUKAN
mudah untuk mendapat peluang mengadakan satu sesi fotografi bersama dua orang
penyanyi popular, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah lantaran kesibukan jadual
masing-masing.
Akhirnya,
peluang tersebut terlaksana apabila Anuar dan Dayang telah hadir pada sesi
fotografi yang diaturkan sempena mempromosikan album terbaharu mereka iaitu
Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini sudah berada di
pasaran.
Biarpun
tujuan utama adalah untuk mempromosikan album berkenaan, tetapi dapat bertemu
kedua-dua penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai gred A itu pada masa yang
sama telah memberi peluang untuk mencungkil lagi cerita-cerita menarik tentang
mereka berdua.
Antaranya,
mengenai status hubungan yang terjalin antara mereka memandangkan agak kerap
digandingkan bersama dalam pelbagai persembahan nyanyian yang diaturkan
sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta.
Bagi
menjawab segala persoalan yang timbul tentang status hubungan mereka itu, Anuar
menjelaskan langsung tiada jalinan cinta antara dia dan Dayang.
"Kalau
orang melihat kami beraksi mesra di atas pentas ketika menyanyi bersama-sama,
ia tidak bermakna kami ini bercinta kerana apa yang kami lakukan itu sebagai
satu cara penghayatan ketika menyanyi.
"Saya
sudah agak lama mengenali Dayang iaitu sejak tahun 1999. Secara jujurnya saya
menganggap dirinya tidak lebih sekadar seorang adik dan berasa agak pelik kalau
ada yang menyangka kami ini bercinta," jelasnya mengenai status
hubungannya dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu.
Apa
yang menariknya, Anuar turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditampilkan itu
telah menyebabkan ramai yang suka dengan gandingan mereka sehingga ada yang
menyuruh mereka berkahwin memandangkan kedua-duanya masih solo.
"Ketika
menjayakan sesebuah persembahan ada peminat bertanya kepada saya tentang khabar
Dayang kerana menyangka kami bercinta, sedangkan kami memang amat jarang
bertemu memandangkan masing-masing sibuk.
"Terdapat
beberapa kejadian lucu yang saya alami apabila terdapat peminat yang menyuruh
saya berkahwin sahaja dengan Dayang kerana dia suka melihat keserasian
kami," ujarnya.
Ketika
ditanya apa yang menyebabkan dia kerap memilih Dayang sebagai rakan duetnya
ketika mengadakan persembahan, Anuar menyatakan, dia begitu kagum dengan vokal
dan bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya
Masih Ada Cinta itu.
Mengakui
terlalu selektif terhadap pemilihan penyanyi yang akan bergandingan dengannya,
adik kepada Ziana Zain itu menjelaskan, dia lebih selesa bekerjasama dengan
penyanyi yang rapat dengannya.
Friday, September 21, 2012
Friday, February 10, 2012
FASHA SANDHA BERKAHWIN DENGAN JEJAI
Semalam Murai Batu ada menyiarkan kisah
pelakon popular dan jelita Fasha Sandha yang khabarnya telah memohon tajaan
daripada dua pereka terkenal untuk pakaian perkahwinannya bersama Toh Muda
Rizal atau Jejai.
Setelah diselidik dengan lebih terperinci, barulah Murai
Batu dapat tahu cerita sebenarnya.
Menurut sumber terdekat yang memberi tahu Murai Batu, bukan
Fasha Sandha yang memohon tajaan sebaliknya dia dan pasangannya ada menerima
lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan
itu.
Sumber itu memberi tahu, kerana mereka mahu perkahwinan itu
diserikan dengan hasil keringat mereka sendiri.
Jelas sumber itu lagi, antara pereka fesyen yang telah
datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.
Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai
cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk
menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh
pasangan tersebut.
Terang sumber Murai Batu, semua itu ditolak dengan baik oleh
Fasha mahupun Jejai, kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka
masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.
Ya baru Murai Batu ingat sekarang. Fasha sendiri pernah
memberitahu kepada salah seorang team portal murai.com.my bahawa dia tidak mahu
dirinya ditaja oleh sesiapa kerana mahu segalanya dilakukan mengunakan hasil
titik peluhnya sendiri.Barulah puas hati, katanya.
Sumber itu memberi tahu juga, Fasha juga telah menempah dan
membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka
terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.
Bercerita mengenai solekan pada hari perkahwinannya kelak, Fasha
tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan
kelainan di hari bahagianya. Malah itu juga merupakan permintaan daripada bakal
suaminya. Barulah Murai Batu faham dan jelas.
Harapan Murai Batu agar Fasha tidak berkecil hati dengan
kenyataan yang Murai Batu keluarkan semalam. Jangan marah ya Fasha nanti hilang
seri pengantin.
Kalau nak tahu, Murai Batu pernah cuba menghubungi Fasha,
namun tidak dapat kerana khabarnya dia sedang sibuk dengan penggambaran drama.
Mungkin juga berita semalam yang sampai pada Murai Batu
disampaikan oleh pihak yang cuba memburuk-burukkan Fasha dan bakal suaminya.
Pesan Murai Batu marilah kita sama-sama mendoakan
kebahagiaan Fasha dan Jejai kerana mereka berdua melakukan perkara yang baik
dan kita seharusnya mendoakan yang terbaik untuknya. Tak gitu Fasha
Subscribe to:
Posts (Atom)




