SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, January 20, 2012

KENA TIDO SAMA BARU DAPAT "JOB"


MENGUCAP panjang SS mendengar kisah seorang teman yang baru-baru ini datang mengadu mengenai seorang perihal seorang produser drama yang berkelakuan keji.

SS bukan hendak memburukkan sesiapa tapi cerita yang disampaikan memang mengerikan kerana pada SS sikap sebegini hanya akan menghancurkan industri penerbitan drama.
Kononnya seorang penyanyi baru kelahiran program realiti yang kacak orangnya ini datang bertemu si penerbit tadi untuk mendapatkan watak dalam sebuah drama.
Namun ketika bertemu, lain pula yang diminta.
Selalunya kalau seseorang pelakon ingin ‘screen test’ depan produser, dia perlu mempamerkan bakat yang ada, tapi kali ini berbeza pula apabila bintang muda tadi disuruh untuk menerima pelawaan peliknya.
Khabarnya bintang baru yang sekarang sudah tenggelam namanya itu diminta untuk tidur semalam dulu bersama produser tadi jika inginkan watak berkenaan.

Yang lebih mengerikan lagi, produser separuh umur itu adalah seorang lelaki
yang sudah berkeluarga dan punya profil tinggi dalam industri. Mana tidak SS
mengucap apabila mengenangkan wajah si penerbit tadi yang nampak luarannya memang seorang lelaki sejati tapi rupa-rupanya ‘nafsu songsang’.

SS memang tak fahamlah sikap sesetengah pemain industri yang sanggup
memperdagangkan tubuh badan semata-mata untuk mendapatkan kerja. Maklumlah jelas bintang muda tadi, walaupun dirinya menolak secara baik, produser gatal tadi ada menyebut beberapa nama pelakon lain yang pernah tidur dengannya semata-mata ingin mengejar populariti.

Sebaik saja bintang muda ini menolak pelawaannya, terus dia dimarah dan ditolak ke tepi sebelum sempat menguji bakat. Memang simpati rasanya bila memikirkan masalah seperti ini.

SS gembira dengan tindakan bintang muda tadi yang sanggup mengenepikan soal popular atau kerja bagi menjaga maruah dirinya.

Bintang muda yang sebelum ini pernah juga muncul dalam beberapa drama sebelum
ini memang kecewa tapi setidak-tidaknya jelasnya, dia tidak sekali memperdagangkan dirinya untuk meraih nama seperti sesetengah artis lain.


SS: Pernah tengok ‘casting’ yang sangat mendebarkan tapi puji komitmen artis yang terbabit.

AKSI PANAS SHEILA MARCIA




14 Jan – Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.
"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri."
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Thursday, January 19, 2012

SEMAKKAN KEPUTUSAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA SECARA SMS

SEMAKKAN KEPUTUSAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA SECARA KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)

SEMAKKAN KEPUTUSAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA RM500

SEMAKKAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA SECARA ONLINE

Friday, January 13, 2012

POLIS MELETUPKAN BOM : KES LIWAT ANWAR IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam tiga insiden letupan di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, sejurus keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan, Isnin lalu.
Beliau turut menganggap tuduhan itu sebagai berniat jahat, selain cubaan pihak tertentu menjejaskan imej pasukan dan kerajaan, lebih-lebih lagi dalam mendukung penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2011.
“Sebagai Ketua Polis Negara, saya amat kesal, kecewa dan marah dengan tuduhan sebegini... walau sebaik mana pun pegawai dan anggota saya melaksanakan tugas, orang masih kata kita (polis) jahat.

“Justeru, kita menawarkan sagu hati RM10,000 kepada mana-mana individu atau pihak yang boleh menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya dalang utama kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PDRM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pelaksanaan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) di Bukit Aman, semalam.

Ismail berkata, walaupun bahan letupan digunakan tempoh hari dari jenis Improvise Explosive Device (IED) yang hanya mampu menghasilkan kesan letupan berskala kecil, pihaknya memandang serius aliran itu kerana boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, sekali gus mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata tiga bom buatan sendiri jenis IED yang meletup itu dipercayai didalangi mereka yang berpengetahuan dalam bidang pembuatan bahan letupan itu.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati motif utama bahan letupan itu diletupkan bukan untuk membunuh atau mendatangkan kecederaan parah, sebaliknya hanya bertujuan menimbulkan keadaan huru hara.

“Siasatan terperinci dan menyeluruh sedang dilakukan pihak polis. Oleh itu, saya minta media dan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Nafkah dan Persekolahan dari Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAAPN).

Mohmad turut menjelaskan komponen bahan letupan yang digunakan suspek berdasarkan bahan bukti yang ditemui, termasuk jam penggera, paip polikarbonat (PVC), penutup paip, bateri dan wayar merah dan hitam.

“Bahagian depan jam penggera terdapat tiga warna iaitu merah, biru dan kuning, manakala bahagian belakang berwarna merah. Paip PVC yang digunakan berukuran 50 milimeter dan penutup paip yang tertera nombor siri 454.

“Bateri berbentuk segi empat yang digunakan dari jenama GP, Kinglon dan Eveready.

“Justeru, saya minta mana-mana peniaga yang menjual barangan berkenaan melebihi tiga kuantiti diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya sambil berjanji akan menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails