SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, January 9, 2012

ANWAR TIDAK BERSALAH!



Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

ANWAR IBRAHIM DIBEBASKAN

Sunday, January 8, 2012

ADLIN AMAN RAMLI VS CHEF WAN




21 Dis - Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.
Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.
Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di antara mereka berdua.
Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.
Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.

PEMBACA BERITA TV3 TERSASUL PM ANWAR IBRAHIM




PEMBERITA TV3 TERSASUL MENYEBUT ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI




SHAH ALAM – Sementara nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan banyak pihak menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok, pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Ketua Pembangkang itu, seolah-olah merujuknya sebagai perdana menteri, ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

“Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan,” kata Jaya Jamalina yang mesra dikenali sebagai “Jay” menerusi mesej Twitter malam tadi.

Beliau memohon maaf ekoran kritikan beberapa pihak.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan ia bukan sesuatu yang disengajakan.
Blog muzammilarif dengan tajuk Maafkan Jay tertasul sebut Anwar pasal aktiviti PM” menulis, tengah sedap melayan Buletin TV3 malam tadi, pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter…”

Jay tersasul apabila berkata “wartawan TV3 di Johannesburg melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar itu… lawatan Datuk Seri Najib itu dijangka…”

Anwar pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada September 1998.

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Jay merupakan salah seorang pembaca berita setiap jam dan laporan trafik terkini Hot FM.

Difahamkan, beliau membaca berita Buletin Utama secara sambilan.

Isu itu menjadi perhatian ketika tumpuan sema pihak beralih ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Selain itu perhatian juga tertumpu ke atas perhimpunan 901, di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, yang akan diadakan sempena pengumuman keputusan kes tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails