INFO TERKINI
Monday, January 9, 2012
Sunday, January 8, 2012
ADLIN AMAN RAMLI VS CHEF WAN
21 Dis - Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini,
meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan
sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik
terhadap peminat.
Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman
Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika
membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga
sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan
beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang
persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.
Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa
yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di
antara mereka berdua.
Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional
dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada
dunia hiburan.
Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke
peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega
berakhir pada minggu ke – 8.
PEMBERITA TV3 TERSASUL MENYEBUT ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI
SHAH ALAM – Sementara nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
sebutan banyak pihak menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok, pembaca
berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut
nama Ketua Pembangkang itu, seolah-olah merujuknya sebagai perdana menteri,
ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.
“Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama
sebentar tadi. Tidak disengajakan,” kata Jaya Jamalina yang mesra dikenali
sebagai “Jay” menerusi mesej Twitter malam tadi.
Beliau memohon maaf ekoran kritikan beberapa pihak.
Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk
Seri Najib Tun Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan
ia bukan sesuatu yang disengajakan.
Blog muzammilarif dengan tajuk Maafkan Jay tertasul sebut
Anwar pasal aktiviti PM” menulis, tengah sedap melayan Buletin TV3 malam tadi,
pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua
kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik
bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri
sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog
twitter…”
Jay tersasul apabila berkata “wartawan TV3 di Johannesburg
melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar itu… lawatan Datuk Seri Najib itu
dijangka…”
Anwar pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri
sebelum dipecat pada September 1998.
Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan
bermula semalam.
Jay merupakan salah seorang pembaca berita setiap jam dan
laporan trafik terkini Hot FM.
Difahamkan, beliau membaca berita Buletin Utama secara
sambilan.
Isu itu menjadi perhatian ketika tumpuan sema pihak beralih
ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang akan mengumumkan keputusan kes liwat
Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Selain itu perhatian juga tertumpu ke atas perhimpunan 901,
di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, yang akan
diadakan sempena pengumuman keputusan kes tersebut.
Thursday, January 5, 2012
NUR AMALINA GAGAL DALAM PENGAJIAN
Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima
sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam
pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.
“Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di
universiti itu dan kementerian tiada maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam
pengajiannya.
“Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri
daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka
gagal, penaja akan menjadi pihak pertama diberitahu,” katanya ketika
penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi
kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan
Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.
Bagaimanapun, sejurus selepas Saifuddin memberikan jawapan
berkenaan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu kemudian memaklumkan Dewan
Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur
Amalina di Universiti Edinburgh.
“Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia
yang turut belajar di Universiti Edinburgh.
“Menurut pelajar itu, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam
pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan
Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience). Pelajar itu
berharap perkara ini dapat dijelaskan,” katanya.
Nur Amalina, 22, yang mencipta rekod dalam pendidikan negara
apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM, ditaja Bank Negara untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.
Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun
keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan untuk mengikuti ijazah dalam
Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.
Ini bermakna Nur Amalina akan memperoleh ijazah berganda di
penghujung kursus perubatan yang diikutinya.
Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang
perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Farmakologi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




