SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, October 16, 2010

Sajak Tema 1 Malaysia

Harus Begini Jangan Begitu

Seharusnya kita begini

Begini kita bermesra, bergembira

Begini kita bersama, tersenyum tawa

Begini kita bersatu padu, agar menjadi satu

Begini kita bekerjasama, demi nusa dan bangsa

Kita kukuhkan hubungan persahabatan

Kita jalinkan persaudaraan

Kita katakan 1 Malaysia

Demi perpaduan keamanan

Jangan kita begitu

Begitu kita goyah payah

Begitu kita roboh gopoh

Begitu kita bercerai berai

Begitu kita tak sehaluan, tak sejalan

Kita elakkan salah faham, demi ketenteraman

Kita jauhkan kezaliman, wujud perikemanusiaan

Kita hindari permusuhan

Kita tolak budaya barat ,yang membawa melarat

Kita ikut nilai sejagat, adat dan buadaya

Seharusnya kita begini

Katakanlah 1 Malaysia

Demi kesefahaman kedaulatan.


Karya:

Sidi

Kapit, Sarawak

Friday, October 15, 2010

Buffered Earning

FOX Narnia 3 LB


Wednesday, October 13, 2010

Kejadian Berlaku Di Kuala Lumpur

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Sunday, October 10, 2010

Tambah Senang, Kurang Tenang

Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua.

Lelaki itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis?”

Anak itu menjawab, “Duit saya hilang.”

“Berapa jumlah duit kamu hilang?” orang tua itu bertanya lagi.

“Lima puluh sen,” anak itu menjawab sambil teresak-esak

Kasihan budak itu menangis, orang tua itu pun menyeluk poketnya dan memberikan lima puluh sen kepada anak itu.

“Nah, ini ganti duit kau yang hilang. Dah, jangan menangis lagi.”

Ia terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menangis dengan lebih kuat.

“Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pak cik ganti?”

“Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang Cuma ada lima puluh sen aja,” jawabnya dan terus menangis.

Apakah pengajaran yang kita dapat melalui kisah ini?

Renung-renungkanlah………

Friday, October 8, 2010

Kejadian Aneh Berlaku di Kapit




Kapit mengalami musim hujan yang berpanjangan pada ketika ini. Kejadian aneh berlaku ialah sungai BALLEH dan BATANG RAJANG dipenuhi lumpur kayu. Kejadian ini meyebabkan bot express sukar untuk bergerak. Sebelum ini, walaupun hujan lebat sekali pun, kejadian ini tidak pernah berlaku. Ini pertama kalinya dalam sejarah Kapit peristiwa ini berlaku. Apakah kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku??
Kemungkinan akibat aktiviti pembalakan di kawasan hulu BALLEH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails