VS
Monday, December 26, 2011
LELAKI PALING CANTIK DI DUNIA (NONG POY)
Siapa sangka lelaki yang telah menukarkan jantinanya telah
dinobatkan paling cantik didunia. Kalau dilihat dengan mata kasar, memang tak
nampak sangat dia ni secara aslinya adalah lelaki.
Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy
Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada
usia 17 tahun.
Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian
171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai
dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.
Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang
perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi
seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih
berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17
tahun.
Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan
tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia
memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.
Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia
mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang
perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah
dia berubah menjadi ‘perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.
Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya
memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada
tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.
Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas
dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya,Nong Poy tidak melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota
tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.
Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan
dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat.
Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh
masyarakat Thiland. ‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’,dikatakan
kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.
FIDA BERPISAH DENGAN MAMAT SEPAH
FIDA ADA KEKASIH BARU MENGGANTIKAN FIDA
Fida kini dah ada kekasih baru bagi menggantikan Mamat
Sepah. Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat
Fida mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan
dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’. Fida berkata walaupun dia
sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang
lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal
Oktober lepas.
Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan
cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan
kehidupan pada masa hadapan. “Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya
dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang
perancangan masa depan dan dunia perniagaan.
Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini
untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang
menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan
jodoh yang terbaik.
KELUARGA ADAM ADLI MENERIMA UGUTAN
Keluarga kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Adam Adli Abdul Halim diminta membuat laporan polis jika mereka menerima
ugutan berkaitan pelajar tersebut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar
berkata pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ugutan tersebut, jika
menerima laporan.
Keluarga pelajar tersebut mendakwa menerima ugutan ekoran
perbuatannya menurun dan menggantikan bendera yang tertera gambar Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi di Pusat Dagangan
Dunia Putra di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Khalid juga berkata polis sedang memerhati sebarang tindakan
lanjut Adam Adli dan menasihatinya supaya berhati-hati dengan tindakannya.
"Apa juga tindakan yang dia ingin lakukan, dia kena
fikir kesan kepada dirinya sebagai seorang pelajar dan ketenteraman awam.
"Saya tidak mahu mengulas apa tindakan yang kita akan
ambil, jangan sampai esok kita ambil tindakan, dia akan menyesal," katanya
kepada pemberita semasa membuat tinjauan di sekitar bandar raya ini hari ini.
Hasil tinjauan di sekitar Larkin Sentral, Pasar Tani Larkin,
Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook, beliau berkata beliau menerima maklum
balas yang baik dari anggota masyarakat dan pelancong asing berhubung penugasan
anggota polis.
ARTIS JELITA MALAYSIA TERJERIT-JERIT APABILA JADI PENGACARA
HENDAK dikatakan tak biasa mengacara, rasanya sudah selalu
juga muka artis jelita yang seorang ini muncul di kaca televisyen. Tetapi,
kenapa dia perlu terjerit-jerit menuturkan skripnya pada satu majlis diacarakan
yang membuatkan tetamu sakit telinga.
Menurut teman SS yang menyampaikan cerita itu, dia tak
senang duduk dibuatnya kerana tidak tertahan dengan suara nyaring si artis.
Katanya, sudahlah asyik terjerit-jerit, perkataan disebut itu juga banyak yang
salah.
Jadi, ia sangat mengganggu majlis.
Lagi pun, seorang nampak tenang dan si artis itu pula
semacam gelabah.
Barangkali, berasa tercabar dengan pengacara yang
bergandingan dengannya yang dilihat tenang saja. Maka, ia sedikit sebanyak
boleh mengganggu apa yang difokus.
SS nak komen lebih-lebih pun, tidak pula turun padang ke
lokasi acara itu. Jadi, tak sedap juga kalau tulis yang bukan-bukan sebab tak
dilihat sendiri. Apapun, kepada si artis ingatlah teguran ini sekiranya dapat
peluang mengacara baru.
Tak perlulah terjerit-jerit, apatah lagi asyik tersasul.
Lebih baiklah bertenang dan cubalah jadi diri sendiri. Bukan apa, kalau sudah
berada di atas pentas, maka semestinya dari hujung rambut hingga ke kaki pasti
menjadi perhatian dan penilaian.
Jadi, buatlah persediaan secukupnya. Nasib bukan majlis
siaran langsung, jika tidak malu dibuatnya. Sehubungan itu, ini sekadar teguran
untuk kebaikan bersama.
Mana yang kurang elok itu, lebih baik diperbetulkan segera
supaya tidak berterusan.
Memanglah pedih telinga, namun untuk kebaikan bersama. SS
pun dapati,
artis itu bukan tidak bagus sangat mengacara tetapi perlu
lebih tenang. Apapun, ingatlah kata-kata ini, jangan takut belajar daripada
kesilapan kerana tidak selamanya kita tersilap.
JUMLAH KUTIPAN OMBAK RINDU TERKINI
TAHNIAH buat pengarah Osman Ali kerana karya terbarunya,
Ombak Rindu mencatat kejayaan besar dengan mencatat kutipan RM10 juta sejak
ditayangkan 1 Disember lalu.
Ia satu kejayaan hebat kerana buat pertama kalinya filem
genre drama mendapat sambutan penonton tetapi genre ini kurang mendapat
perhatian produser dan pengarah kita. Mungkin dengan kejayaan Ombak Rindu akan
mengubah senario ini.
Sekarang, filem Songlap ditayangkan di pawagam sejak Khamis
lalu. Filem arahan suami isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak juga
satu karya agak berbeza dengan filem yang pernah dihasilkan di negara ini
kerana paparkan kisah pemerdagangan manusia - bayi dan gadis yang selama ini
hanya sering kita dengar melalui berita akhbar dan televisyen.
Perlumbaan sihat pengarah kita dengan semangat mahu
menghasilkan filem yang bagus dan memberi pilihan berbeza kepada penonton,
seharusnya disokong sebagaimana usaha KRU Studios menghasilkan filem epik
Hikayat Merong Mahawangsa. Songlap dikatakan satu filem yang berani yang mungkin
tidak ramai yang punya keberanian untuk ketengahkan perkara ini.
Untuk mendapatkan skrip yang bagus yang bervariasi, karyawan
kita juga mempunyai alternatif dengan mengangkat karya novel ke layar perak.
Usaha ini memang dilakukan sejak dulu tetapi tidak banyak. Akhir-akhir ini,
novel laris menjadi pilihan bermula Lagenda Budak Setan (LBS) dan kini Ombak
Rindu.
YUSRI KRU DAN LISA SURIHANI BAKAL BERKAHWIN
SEJAK berkawan rapat dan bercinta, hubungan aktres Lisa
Surihani Mohamed, 25, dan pengarah, pelakon serta penyanyi terkenal Yusry Abdul
Halim, 37, menjadi perhatian media dan peminat.
Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah
bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.
Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan
Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul.
Lisa mengunci mulutnya dan menyerahkan segala jawapan kepada
Yusry. Bagaimanapun Yusry turut enggan menjawab segala pertanyaan mengenai
perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom ketika itu.
Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah
mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari
tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.
"Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012
di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi
kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC," kata Lisa.
YUSRY menyenangi sifat Lisa yang prihatin dan mencintai dia
sepenuh jiwa. Lisa juga menerima perhatian yang serupa dari Yusry.
Menurut Yusry, dia bukan sengaja untuk menyembunyikan hari
bahagianya daripada pengetahuan umum sebelum ini. Sebaliknya ketika khabar
angin perkahwinan mereka timbul, baik pihak Yusry mahupun Lisa belum ada
sebarang keputusan yang konkrit.
Namun, selepas majlis merisik berlangsung di rumah Lisa pada
malam Jumaat lalu (23 Disember), barulah Yusry berasa sesuai untuk umumkan
berita penting itu.
"Saya pernah cakap saya akan beritahu apabila tiba
masanya. Sekarang selepas merisik dan menghantar cincin tanda baru saya rasa
sesuai untuk umumkan tarikh perkahwinan kami.
"Sebelum ini, perbincangan secara rasmi antara keluarga
belum berlangsung, saya sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom sebab itu
saya berdiam diri, bukannya ingin menyembunyikan hal sebenar," balasnya
yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Vikingdom pada 20 Disember lalu.
Bercakap mengenai tarikh 23 Februari yang dipilih sebagai
tarikh keramat dalam kehidupan mereka, ujar Yusry tarikh itu dipilih simbolik
kepada tarikh lahir Lisa yang jatuh pada 23 Mac tambahan mereka juga mempunyai
kelapangan waktu itu.
"Kami amat berhati-hati ketika memilih tarikh
pernikahan kerana jika kami buat 25 Disember orang kata kami nak sambut
Krismas, kalau 14 Februari macam nak sambut Valentine.
"Kebetulan Lisa akan mula penggambaran filem Ular pada
3 Januari depan dan tarikh 23 Februari elok buat kami berdua mempunyai
kelapangan selain simbolik kepada tarikh hari lahir Lisa," kata Yusry.
Saling melengkapi
Bercakap mengenai rancangan perkahwinan, Yusry dan Lisa
sama-sama menegaskan sejak awal hubungan lagi, mereka telah bertanya antara
satu sama lain apa yang dicari dalam sebuah hubungan.
"Lisa memberitahu dia memang sudah bersedia untuk
berkahwin pada usia 24 tahun dan saya begitu juga sebab itu pada awal hubungan
kami ada sebut bahawa hubungan kami adalah hubungan yang matang.
"Maknanya bukan sekadar untuk bercinta atau memenuhi
masa lapang sebaliknya, kami sama-sama mempunyai tujuan iaitu mengakhirinya
dengan ikatan perkahwinan," ujar Yusry sambil dipersetujui Lisa.
Mengenali Lisa, jiwa lelaki Yusry yang hidup tanpa suri
lebih lima tahun selepas bercerai dengan aktres dan penyanyi popular Erra
Fazira kembali berbunga.
"Saya menyayangi dia sepenuh jiwa, begitu juga dengan
dia menyayangi saya. Saya rasa lebih tenang walaupun berada dalam keadaan yang
tertekan apabila dia ada di sisi saya," akui Yusry jujur.
CINCIN di jari manis Lisa tanda sudah ditempah Yusry.
Lisa pula memberitahu hakikat sebenarnya dia fobia untuk
menjalinkan hubungan sesama artis. Bagaimanapun dia begitu tertarik dan jatuh
cinta dengan Yusry selepas mengenali salah seorang trio kumpulan KRU itu dengan
lebih dekat selepas setahun hanya berkomunikasi menerusi Blackberry Messenger
(BBM).
"Sebelum ini sebagai kawan di BBM, dia pernah ajak
keluar tetapi saya fobia hubungan cinta antara artis dan saya tolak ajakannya.
Dia hormat saya dan kami berkawan seperti biasa.
"Tipulah kalau saya cakap saya tidak minat kumpulan
KRU, selepas mengenalinya secara peribadi ternyata dia seorang lelaki yang
sopan, merendah diri dan ikhlas berkawan dengan saya," terang Lisa yang
merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik.
Impian perkahwinan
Jika sudah namanya artis sudah tentu majlis perkahwinannya
gilang gemilang, tetapi tidak bagi Yusry dan Lisa. Masing-masing mengambil
pendekatan mengadakan majlis secara ringkas dan sederhana sahaja.
"Saya tidak pernah berangan mahu pakai baju itu dan
ini, majlis saya mesti berkonsep taman atau apa sahaja, kerana bagi saya yang
paling penting adalah majlis akad nikah itu yang wajib.
"Majlis resepsi saya lebih suka bersederhana dan buat
masa sekarang ini kami tidak memikirkan sebarang konsep atau warna tema.
Persiapan yang dibuat hanyalah tempahan PICC dan masjid yang lain baru hendak
bermula," kata Lisa.
Disoal cukupkah masanya untuk melakukan persiapan dalam masa
dua bulan sedangkan sepanjang Januari Lisa akan sibuk di penggambaran filem Ular.
"Persiapan itu dilakukan bersama dan kami ada orang
yang membantu selain keluarga. Rasanya tidak ada sebarang masalah. Kerja tetap
harus diteruskan seperti biasa," bicaranya.
Apabila ditanya mengenai hak tayangan majlis perkahwinan
mereka di stesen televisyen kononnya akan disiarkan di Astro, Yusry dan Lisa
menyerahkan perkara itu pada pihak pengurusan masing-masing.
"Setakat hari ini belum ada sebarang keputusan muktamad
mengenainya, perkara itu diserahkan kepada pihak pengurusan tetapi harus
mendapat persetujuan daripada kami berdua. Jika kami tidak setuju perkara itu
tidak akan berlaku," kata pengarah filem Merong Mahawangsa itu lagi,
Mengenai hal tajaan, kedua-dua mereka berfikiran terbuka
mengenai hal itu dan menerimanya selagi ia tidak mengganggu keluarga serta
perjalanan majlis perkahwinan mereka.
"Bab tajaan ini, saya tidak kisah andai ada yang ingin
membantu tetapi dengan syarat ia tidak menganggu keluarga dan majlis
kami," jawab Yusry yang membenarkan Lisa terus bekerja sebagai pelakon
selepas berkahwin kelak.
Tuesday, December 20, 2011
NAJIB MARAH MENURUNKAN BENDERANYA
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini
menjelaskan kehadirannya di tempat berlakunya perhimpunan yang menurunkan
bendera Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menerima memorandum.
Katanya, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan
penegakan demokrasi, tetapi insiden Sabtu lalu "bukan sebahagian daripada
demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa
dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak
mewakili apa yang dimaksudkan itu.
"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu
dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd
Najib," katanya.
Malah, Saifuddin (kanan)menyifatkannya sebagai
"perbuatan terkutuk" dan penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) - mesti meminta maaf.
Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin,
kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua
bekas presiden Umno.
Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan
akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula bendera
Najib.
Aspirasi anjur demo balas
Dalam kenyataan hari ini, Saifuddin berkata beliau bersetuju
hadir menerima memorandum mahasiswa dengan andaian lebih cepat beliau
menerimanya, lebih cepat bantahan itu berakhir.
Selepas mengetahui insiden itu melalui Twitter, tambahnya,
beliau menghubungi penganjur dan pihak itu semalam didakwa bersedia memohon
maaf kepada Najib.
Bagaimanapun, menurut Saifuddin, insiden itu tidak
mengganggu komitmen kerajaan dalam meminda AUKU.
Penganjur perhimpunan dalam sidang media di Kuala Lumpur
hari ini menyatakan pendirian tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia
merupakan hak mereka untuk bersuara.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan
mahasiswa pro-aspirasi pula merancang mengadakan perhimpunan menyokong Najib
pada 21 Disember sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-establishment Sabtu
lalu.
Mereka juga mahu mendesak Saifuddin melepaskan jawatan dalam
kabinet dan parti kerana didakwa memalukan nama baik Najib.
"Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang
mahukan YAB DS Najib terus menerajui negara," kata Setiausaha Agung
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Muhammad Syukri Ibrahim.
"PANGLIMA PERANG" MELUDAH ADAM ADLI
Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand
Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib
Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek
sekumpulan pemuda.
Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube
yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam
insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan
gayanya.
Bagaimanapun, dalam video itu, sambil memperkenalkan diri
sebagai pengguna laman sosial Myspace, mereka mengkritik tindakan mahasiswa
yang menggunakan Facebook sebagai gantinya.
Sambil menyifatkan diri mereka sebagai "panglima
perang", Armand semalam membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi
Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.
Sementara itu, 'perang' di Facebook juga berlarutan dengan
penciptaan laman sinis "Kami Peminat Setia Bro Gemuk (Kaki Ludah)"
dan "We are all Adam Adli" (Kami semua Adam Adli) yang mengumpul
peminat lebih 10,000 dalam tempoh 24 jam.
Laman itu meneladai Facebook ‘We are all Khaled Said’ (Kami semua
Khaled Said) yang dicipta Eksekutif Google Wael Ghonim yang mendorong
kebangkitan rakyat Mesir awal tahun ini.
SALMAN KHAN 'HALAU' SHAH RUKH KHAN
KEJADIAN lucu telah berlaku antara Salman Khan dan Shah Rukh
Khan yang dikatakan secara tidak sengaja telah menaiki kapal terbang yang sama
untuk ke New Delhi baru-baru ini.
Umum mengetahui hubungan antara kedua-dua aktor tersohor
Bollywood itu tidak baik tetapi takdir telah menemukan kedua-duanya dalam kapal
terbang yang sama.
Ujar sumber: "Shah Rukh yang baru memasuki perut kapal
terbang penerbangan ke New Delhi di bahagian kelas bisnes terkejut apabila
mendapati Salman telah duduk di salah satu kerusi di situ.
"Sedangkan ketika itu Salman serta krew filem terbaharu
lakonannya, Ek Kha Tiger juga berada dalam kapal terbang itu. Apabila Shah Rukh
melihat Salman dalam kapal terbang itu, dia kelihatan panik sambil menelefon
seseorang dan serta-merta turun dari kapal terbang itu."
Namun jurucakap Shah Rukh pula telah memberi alasan yang
tersendiri yang boleh dipersoal kebenarannya.
Katanya: "Shah Rukh pada awalnya mahu menaiki jet
peribadi. Namun, disebabkan sesuatu perkara dia terpaksa menukar rancangan pada
saat-saat akhir dengan menaiki kapal terbang komersial. Namun, apabila dia
sudah duduk di kerusi kapal terbang tersebut, dia tiba-tiba mendapat panggilan
telefon bahawa jet peribadi untuknya telah disediakan."
Monday, December 19, 2011
Sunday, December 18, 2011
ADLIN AMAN RAMLI MENGKRITIK JURI
SHAH ALAM, 17 DIS 2011: Selepas bertahan selama lapan minggu
dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), akhirnya perjuangan kumpulan BP (Bawal Power)
dan satu-satunya peserta solo yang tinggal iaitu Adlin Aman Ramlie berakhir
sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.
Penyingkiran kumpulan BP dan Adlin diumumkan oleh salah
seorang juri tetap iaitu penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza selepas hos AC
Mizal mengumumkan nama mereka antara tiga yang mendapat markah terendah minggu
ini. Kumpulan Pimai bagaimanapun terselamat dari penyingkiran walaupun markah
mereka antara yang terendah.
MLM telah bersiaran secara langsung dari Royale Theatre
Selangor, Shah Alam dan turut disiarkan di Astro Warna (saluran 132). Bagi
minggu kelapan ini, setiap peserta dikehendaki membuat dua persembahan berbeza
iaitu satu bertemakan bebas manakala satu lagi persembahan peserta harus
menggunakan props yang telah diberikan kepada mereka.
Selain Siti Nurhaliza, dua orang lagi juri tetap untuk MLM
ialah Dato' Redzuwan Ismail atau Chef Wan serta bintang lagenda bola sepak
negara, Zainal Abidin Hassan. Juri jemputan untuk minggu ini ialah penyanyi
Singapura, Aliff Aziz. Kesemua juri ini menyumbangkan 70% markah yang
kemudiannya akan dicampurkan dengan 30% markah hasil undian penonton.
Minggu ini ialah minggu terakhir MLM bersiaran dari Royale
Theatre Selangor, Shah Alam kerana pada minggu depan, iaitu minggu kesembilan
MLM bakal diadakan di Johor Bahru.
Tinggal lima peserta sahaja yang tinggal untuk meneruskan
cabaran. Siapakah yang bakal tersingkir di Johor Bahru? Sama-sama kita
nantikan.
PAYU DARA IFA RAZIAH DISERANG VIRUS
KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2011: Dalam kesibukan membuat
persiapan persembahan minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega (MLM), ahli kumpulan
Syok, Ifa Raziah terpaksa dikejarkan ke hospital Pantai Bangsar untuk menerima
rawatan, malam semalam.
Portal murai.com.my diberitahu, Ifa Raziah dilaporkan
terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan asetnya itu
membengkak dan keras seperti batu.
Ketika dihubungi, Ifa Raziah yang baru saja selesai
menjalani pembedahan ultra sound memberitahu, penderitaan penyakitnya itu sudah
pun dilalui sejak dia menyertai MLM.
"Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra
sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman
doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan
bahagian berkenaan keras seperti batu.
"Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar
menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan
membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan
MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini.
"Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah
sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu
membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon," katanya.
Dalam pada itu, Ifa sekeras-kerasnya menafikan dia disyaki
menderita sakit kanser payudara walaupun jauh di sudut hatinya takut mendengar
tentang kanser tersebut.
"Doktor telah memberitahu, sakit Ifa ini bukanlah
kanser payudara. Kalau kanser, pesakit tidak akan merasa sakit dan ianya akan
terus membunuh mangsa dalam diam. Pun begitu, Ifa tidak boleh menipu, dalam
hati Ifa, rasa takut terkena kanser itu ada bermain difikiran Ifa.
"Ianya kerana arwah ibu Ifa memang pernah sakit kanser
payudara. Jadi, peluang Ifa diserang kanser itu memang senang disebabkan
keturunan yang menderita sakit berkenaan. Ifa berharap, semua mendoakan yang
terbaik untuk Ifa. Semoga Ifa boleh teruskan perjuangan dalam MLM dan
seterusnya dalam bidang seni.
"Sejujurnya, Ifa bukannya mahu meraih simpati sesiapa.
Oleh itu, Ifa sebolehnya tidak mahu kecoh tentang sakit yang Ifa alami ini. Ifa
takut, orang ingat Ifa mahu cari publisiti murahan. Ifa dah sakit lebih sebulan
iaitu sejak mula-mula Ifa menyertai MLM lagi. Namun, Ifa tahan sakit ini
sendiri," jelasnya.
Portal murai.com.my berharap Ifa segera pulih dan boleh
meneruskan perjuangan dalam MLM dengan persembahan yang menghiburkan.
Friday, December 16, 2011
REMAJA MATI AKIBAT MELANCAP
Seorang remaja berusia 16 tahun asal Brasil dilaporkan
meninggal dunia akibat kebanyakan melakukan masturbasi. Demikian dilansir Daily
Chili, awal pekan ini.
Ia dikhabarkan melakukan masturbasi sebanyak 40 kali
sepanjang malam, pada bulan lalu, dan ditemukan meninggal pada pagi hari oleh
sang ibu.
Si ibu berencana membawa putranya ke pengobatan kecanduan
seks namun yerlambat. Seorang teman kelas si bocah yang namanya dirahasiakan
itu mengatakan sang teman kecanduan seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam
segala bentuk dan umur.
Ia juga bahkan meminta temannya menonton dirinya melakukan
masturbasi melalui kamera. Di kamar remaja itu ditemukan tumpukan majalah
pornografi. Bahkan, terdapat kumpulan gambar-gambar erotis dan film juga
ditemukan di komputernya.
Thursday, December 15, 2011
AWIE DAN ELLA BERCINTA
KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2011: Saling mengenali dan selesa
antara satu sama lain, membuatkan hubungan persahabatan penyanyi rock, Awie dan
Ella kekal lama.
Mengimpikan untuk bersatu di atas pentas bersama, impian
Awie dan Ella bakal terlaksana menerusi konsert Awie & Ella (Raja &
Ratu Rock Malaysia) yang akan diadakan pada 12 hingga 15 Januari depan di
Istana Budaya (IB).
Jelas Awie, keserasian antara mereka berdua adalah antara
penyebab dia menerima idea gandingan yang ditimbulkan oleh penganjur konsert
iaitu Tall Order Productions.
"Saya menerima idea penganjur untuk menggandingkan
kami, kerana Ella antara artis yang cukup saya hormati. Memang kami sangat
rapat dan cukup serasi. Kerana itu juga, memudahkan saya untuk bekerjasama
dengannya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Awie
& Ella (Raja & Ratu Rock Malaysia) di IB, semalam.
Turut hadir pada majlis sidang media berkenaan ialah
Timbalan Ketua Pengarah IB, Nik Kamarulzaman Nik Husin dan Pengarah Urusan
& Pengarah Kreatif, Tall Order Productions, Hans Isaac.
Bakal mendendangkan lagu-lagu popular masing-masing, Awie
turut menjanjikan suasana cinta antara mereka berdua akan wujud di pentas IB
kelak.
"Kami akan mendendangkan lagu secara solo dan juga
berduet bersama. Apa yang pasti , kebanyakan lagu kami adalah lagu cinta, jadi
kami akan pastikan aura cinta dapat dicetuskan di pentas itu nanti,"katanya
sambil ketawa.
Sementara itu, kata Ella, peluang beraksi di atas pentas
bersama Awie merupakan satu penghargaan dan detik indah yang bakal menjadi
sejarah buat dirinya dan peminat.
"Dia sangat istimewa. Malah peluang untuk beraksi
bersamanya di IB nanti, merupakan satu detik indah buat saya. Saya akan
menjanjikan sebuah persembahan yang menarik dan pastinya akan menjadi sejarah
buat kita semua,"kata Ella.
Tambah Ella, pemilihan lagu masih lagi dibuat bagi
memastikan peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan mereka kelak.
Tiket serendah RM 40 sehingga RM 450 telah dijual dan bagi
yang berminat bolehlah melayari http://www.ticket2U,biz atau menghubungi di
talian 03-41478600.
NASIB ANWAR IBRAHIM : KES LIWAT
Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk
disampaikan pada 9 Januari.
"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari,"
kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan
kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan
lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan
di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
ANWAR IBRAHIM AKAN DIPENJARA LAGI
BETUL ATAU TIDAK?
Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan
walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.
Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd
Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara
tidak akan mengubah ketetapan hatinya.
Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk
melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada
dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd
Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun
mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.
Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan
diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum
berlangsung.
Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak
percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.
Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong
editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak
kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.
ISTERI LEMAH TENAGA BATIN
KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab
kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak
yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika
boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan
rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa
menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila
melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’
apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat
wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki
itu juga turut membuatkannya ghairah.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara
halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu
lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan
berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi
rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan
malam.
AWIE DIPUKUL TERUK
KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan rock Wings, Awie menafikan
dia menjadi punca pergaduhan di sebuah kelab di Langkawi, baru-baru ini selain
mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata,
pergaduhan itu berlaku berikutan tindakan beberapa lelaki mahu merakam
gambarnya di dalam kelab berkenaan tetapi dia enggan dan mahu bergambar di
luar.
“Saya ke situ atas jemputan deejay kelab yang meminta saya
menyanyi. Selesai menyanyi, muncul beberapa lelaki menghina dan menyuruh deejay
itu mengarahkan saya berhenti menyanyi.
“Kumpulan terbabit turut menyindir hingga berlaku perang
mulut antara kami.
“Saya sebaliknya mengajak mereka keluar jika mahu bergambar
dan berbincang di luar kelab tetapi sebaik saya dan tiga rakan keluar, kami
dikelilingi sekurang-kurangnya 30 lelaki.
ARTIS DARA DIPUKUL TERUK
MENDENGAR kisah yang disampaikan seorang teman yang tinggal
di utara Semenanjung mengenai seorang penyanyi popular dipukul memang
menakut–kan dan cukup mengejut–kan SS.
Khabarnya, penyanyi yang juga vokalis kumpulan rock terkenal
itu dipukul dengan teruk di sebuah kawasan percutian di utara semenanjung,
baru-baru ini. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci.
Tapi risik punya risik, kata teman SS, penyanyi yang sebelum
ini pernah juga dikatakan terbabit dalam kes gaduh dikatakan mengganggu
seseorang yang juga saudara kepada si pemukul tadi.
Kata teman SS lagi, penyanyi itu memang teruk dipukul hingga
parah namun tidak pula diketahui lokasi dan siapa pula yang memukulnya kerana
kejadian itu berlaku waktu malam.
Pergaduhan itu tidak berlaku di kawasan terbuka atau di
tempat awam kerana si pemukul itu khabarnya membawa penyanyi tadi di kawasan
tersembunyi tapi SS memang tak pasti secara terperinci.
Cuma kemudiannya, kecoh juga kawasan sekitar itu apabila
cerita artis dipukul tersebar dan semua orang ingin mengetahui siapa pula yang
menjadi mangsa.
Kawan SS sendiri mendapat sumber itu daripada penduduk
setempat yang sememangnya suka penyanyi tadi dipukul kerana sudah beberapa kali
juga mereka mendengar cerita perangai penyanyi tadi yang suka membuat gangguan.
Khabarnya penduduk sekitar juga banyak kali mengadu perangai
si penyanyi tadi yang khabarnya mengganggu penduduk terutama anak gadis. Dia
ingat dengan status selebriti yang ada itu boleh dijadikan lesen untuk mengacau
anak dara orang.
Tapi penyanyi popular yang juga pelakon itu tidak duduk
diam, sebaliknya memberitahu beberapa temannya yang lain.
Kononnya ingin membalas dendam tapi SS tidak pasti pula
apakah tindakan penyanyi itu berjaya untuk membalas dendam.
SS sebenarnya tidak hairan apabila mendengar kisah penyanyi
tadi dipukul sebab sebelum ini sudah banyak juga kes dan kontroversi yang dilakukannya.
Padan juga dengan muka dia sebab SS pun memang tak gemar
dengan perangai penyanyi tadi yang suka sangat buat hal dan tunjuk gengster.
Macam-macam sebenarnya yang penyanyi tadi buat sebelum ini cuma jarang sekali
dilaporkan. Jadi kali ini, kira buku bertemu ruaslah.
ARTIS MALAYSIA BERUBAH SIKAP SELEPAS POPULAR
ADA artis yang sudah popular tapi masih bertahan sampai hari
ini kerana sentiasa bersikap profesional, berdisiplin serta menjalin hubungan
yang baik dengan media terutama yang banyak membantunya selama ini.
Tapi ada pula segelintir artis yang mula bersikap tidak
profesional, bermasalah dan memperlekehkan tugas media apabila namanya sudah
dikenali ramai.
Itulah yang boleh SS gambarkan mengenai artis wanita seorang
ini. Sebelum popular, layanannya pada wartawan sangat baik dan ramah. Bila
sudah
popular, sikapnya berubah.
Itulah yang dialami rakan SS yang mengenali artis ini ketika
baru hendak membina tapak dalam dunia seni hinggalah kini antara pelakon
menjadi buruan pengarah.
Terbaru, artis ini dipilih menjayakan satu pementasan teater
untuk watak utama dan pihak produksi mengaturkan fotografi untuk promosi teater
itu. Kata rakan SS, jelas kelihatan ‘mood’ pelakon ini yang mula berubah ketika
diambil gambarnya.
Artis ini juga pandai memberi arahan pada jurugambar untuk
digandingkan dirinya dengan pelakon lelaki yang bukan watak utama. Bila rakan
SS tidak setuju gandingan itu, dia buat muka’ protes. Rakan SS buat tak nampak
saja perlakuan artis berkenaan kerana tidak ingin memburukkan keadaan yang
sedia tegang ketika itu.
Dalam hal ini, SS ingin berfikiran positif, mungkin artis
itu penat dan tidak cukup rehat sebab itu dia mula buat kerenah. Maklumlah,
mereka sibuk menjayakan sesi latihan teater berkenaan yang bakal dipentaskan
tidak lama lagi.
Rakan SS juga faham kerana artis itu perlu menjayakan satu
lagi sesi fotografi dengan satu lagi media yang sudah menunggu giliran. Kerana
tidak mahu menyusahkannya, rakan SS buat keputusan tidak menemubualnya pada
hari itu, sebaliknya berjanji menghubunginya nanti. Ia juga dipersetujui artis
itu.
Keesokan harinya, rakan SS pun menghubungi telefon bimbit
artis itu beberapa kali tapi tidak berjawab. Tidak cukup dengan itu, rakan SS
juga menghantar SMS padanya dan satu pun tidak dibalas.
SS bimbang kerana cerita mengenai pementasan itu perlu
disiarkan segera. Terpaksalah SS meminta bantuan bahagian promosi pementasan
menghubungi artis itu dan panggilan mereka juga tidak berjawab.
Pihak promosi juga memberitahu artis wanita itu memang bermasalah
dan dia juga selalu tidak datang latihan teater hingga menyusahkan produksi.
SS harap, artis wanita dimaksudkan itu kikislah sifat buruk
itu kerana ia boleh merosakkan masa depan anda sendiri dalam bidang seni.
Saturday, December 10, 2011
10 TIP MEMELIHARA CINTA SEJATI
Cinta bukan sekadar ungkapan keramat “I Love You”, “aku
cinta kamu”, “kamek sayang kitak” tapi cinta melibatkan hati dan
perasaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan
siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit
lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang
yang betul-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang
yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana
mungkin mereka satu diantara seribu
tertanya-tanya adakah tips atau cara bagaimana untuk
memelihara pasangan dan cinta sejati kita dari hilang dari pandangan kita? jom
kita lihat 10 tips bagaimana nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang..
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak
pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang
menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku
mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan
hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan
atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan
seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah
bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian
baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan
pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat
mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda
berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya
sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi
amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan
memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu
dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak
daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati
anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa
diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan
segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek
yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah
sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam
perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan
pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau
lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
macam yang aku cakap diawal tadi, cinta yang sejati amat
sukar dicari, namun bila dah jumpa cinta sejati itu, belailah ia, jagalah ia
dengan sebaiknya kerana mungkin cinta sejati yang datang itu satu dalam seribu,
semoga tips-tips ini dapat membantu korang dalam memelihara cinta sejati
korang..
PERMULAAN RANSANGAN SEKS
Setelah melewati usia remaja, setiap orang akan merasakan
suatu dorongan seksual. Dorongan seksual adalah perasaan erotis terhadap lawan
jenis, dengan tujuan akhir melakukan hubuungan seksual. Pada awal usia remaja,
dorongan seksual muncul kerana pengaruh hormone testosteron pada lelaki. Namun
demikian, pelbagai faktor lain ternyata juga berperanan dalam menimbulkan
dorongan seksual seperti faktor psikologi, ransangan seksual dari luar dan
pengalaman seksual sebelumnya.
Dorongan seksual akan semakin kuat jika ada ransangan dari
luar, baik yang bersifat fizikal mahupun psikologi. Ransangan psikologi seperti
membayangkan kenikmatan berhubungan seksual dengan orang-orang yang disukai.
Sedangkan ransangangan fizikal adalah seperti ciuman erotis, pelukan, rabaan
bahkan hubungan seksual.
Segala sesuatu yang didasari oleh dorongan atau ghairah
seksual disebut sebagai aktiviti seksual. Sebahagian individu berasa puas
dengan hanya melakukan aktiviti seksual tanpa hubungan seksual, namun
sesetengah yang lain berhasrat untuk melanjutkan aktiviti seksualnya hingga ke
hubungan seksual. Baik lelaki mahupun wanita normal mengalami urutan reson
fisiologi terhadap stimulasi seksual. Menurut DSM-IV (Diagnostic and
Statistical Manual of Mental Disorders edisi-4) fasa ini dibahagikan kepada 4:
Fasa Pertama adalah Fasa Hasrat
Ditandai oleh khayalan seksual dan hasrat melakukan aktiviti
seksual.
Fasa Kedua adalah Fasa Peransangan
Disebabkan oleh stimulasi psikologi (khayalan atau ada objek
cinta), stimulasi fisiologi (membelai atau mencium) atau kombinasi keduanya.
Fasa ini mengandungi perasaan kenikmatan subjektif. Fasa peransangan ini
ditandai oleh perubahan pada alat kelamin (ereksi di bahagian penis).
Fasa Ketiga adalah Fasa Orgasme
Berupa kepuasan dari puncak kenikmatan seksual dengan
pelepasan ketegangan seksual dan kontraksi ‘irama’ pada otot-otot pinggul dan
organ reproduktif. Perasaan subjektif ejakulasi (pancutan air mani yang kuat)
mencetuskan orgasme lelaki. Orgasme lelaki juga disertai oleh empat atau lima
kali ‘gerakan’ pada prostat dan organ kelamin lainnya.
Fasa Terakhir adalah Fasa Resolusi
Fasa ini terdiri dari pengaliran darah dari alat genital dan
membawa tubuh ke keadaan istirahat. Jika orgasme terjadi, resolusi berjalan
cepat, sebaliknya jika tidak terjadi, resolusi memerlukan masa dua hingga enam
jam dan mungkin disertai kegelisahan dan mudah marah. Resolusi dengan orgasme
ditandai dengan perasaan kesenangan subjektif, releks umum dan releks otot.
Setelah orgasme, seseorang lelaki memiliki tempoh ‘rehat’ yang mungkin
berlangsung selama beberapa minit hingga berjam-jam. Dalam tempoh ini, mereka
tidak dapat dirangsang untuk orgasme lebih lanjut.
Masturbasi atau onani ialah suatu cara mencapai kepuasan
seksual dengan jalan merangsang diri sendiri, terutama organ kemaluan, biasanya
dengan tangan. Sebenarnya masturbasi merupakan perbuatan yang wajar dilakukan.
Bahkan hal ini adalah salah satu ciri khas fasa mengeksplorasi fungsi jari
dengan alat genital. Pada kira-kira usia 15 hingga 19 tahun, mereka mula
menstimulasi diri sendiri. Sensasi menyenangkan dihasilkan dari sentuhan lembut
pada daerah genital. Sensasi tersebut, ditambah dorongan biasanya untuk
mengekplorasi tubuh seseorang menghasilkan minat normal dalam kesenangan
masturbasi pada saat itu.
Ketika hampir klimaks, lonjakan hormon seks dan perkembangan
seks sekunder ditambah keinginan untuk tahu tentang hubungan seksual
menyebabkan hubungan masturbasi sering berlaku. Masturbasi telah menyebabkan
mitos bahawa ia boleh menyebabkan penyakit mental dan menurukan kemampuan
seksual. Sebenarnya tidak ada bukti ilmiah tentang hal ini. Masturbasi menjadi
sesuatu yang psikopatologi (penyakit mental) hanya jika masturbasi menjadi
obsesi di luar kendalian seseorang, ertinya masturbasi menjadi segala-galanya
dan paling utama.
Bagi mereka yang menganggap masturbasi melanggar
aturan-aturan agama atau moral dan akan mendatangkan sesuatu yang buruk bagi
dirinya, seeloknya tidak melakukannya lagi. Hal ini adalah kerana perasaan itu
akan terus menghantui diri anda dan walaupun tidak ada kelainan fizikal,
kebiasaan masturbasi kemudian boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada
individu yang bersangkutan.
Bagi mereka yang merasa terganggu dengan kebiasaan
masturbasi dan ingin melepaskan diri dari kebiasaan itu, bolehlah mencuba
hal-hal berikut:
1. Alihkan perhatian pada kegiatan-kegiatan lain yang
positif.
2. Tanamkan keyakinan yang kuat untuk tidak melakukannya.
3. Hindari rangsangan seksual jika tidak kuat iman.
Jika tidak berhasil, ada baiknya anda berpuasa untuk
mengekang nafsu seks anda, atau minta nasihat dan bimbingan dari pakar
psikologi.