Thursday, December 15, 2011

ARTIS DARA DIPUKUL TERUK


MENDENGAR kisah yang disampaikan seorang teman yang tinggal di utara Semenanjung mengenai seorang penyanyi popular dipukul memang menakut–kan dan cukup mengejut–kan SS.

Khabarnya, penyanyi yang juga vokalis kumpulan rock terkenal itu dipukul dengan teruk di sebuah kawasan percutian di utara semenanjung, baru-baru ini. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci.
Tapi risik punya risik, kata teman SS, penyanyi yang sebelum ini pernah juga dikatakan terbabit dalam kes gaduh dikatakan mengganggu seseorang yang juga saudara kepada si pemukul tadi.

Kata teman SS lagi, penyanyi itu memang teruk dipukul hingga parah namun tidak pula diketahui lokasi dan siapa pula yang memukulnya kerana kejadian itu berlaku waktu malam.



Pergaduhan itu tidak berlaku di kawasan terbuka atau di tempat awam kerana si pemukul itu khabarnya membawa penyanyi tadi di kawasan tersembunyi tapi SS memang tak pasti secara terperinci.



Cuma kemudiannya, kecoh juga kawasan sekitar itu apabila cerita artis dipukul tersebar dan semua orang ingin mengetahui siapa pula yang menjadi mangsa.

Kawan SS sendiri mendapat sumber itu daripada penduduk setempat yang sememangnya suka penyanyi tadi dipukul kerana sudah beberapa kali juga mereka mendengar cerita perangai penyanyi tadi yang suka membuat gangguan.

Khabarnya penduduk sekitar juga banyak kali mengadu perangai si penyanyi tadi yang khabarnya mengganggu penduduk terutama anak gadis. Dia ingat dengan status selebriti yang ada itu boleh dijadikan lesen untuk mengacau anak dara orang.

Tapi penyanyi popular yang juga pelakon itu tidak duduk diam, sebaliknya memberitahu beberapa temannya yang lain.

Kononnya ingin membalas dendam tapi SS tidak pasti pula apakah tindakan penyanyi itu berjaya untuk membalas dendam.

SS sebenarnya tidak hairan apabila mendengar kisah penyanyi tadi dipukul sebab sebelum ini sudah banyak juga kes dan kontroversi yang dilakukannya.

Padan juga dengan muka dia sebab SS pun memang tak gemar dengan perangai penyanyi tadi yang suka sangat buat hal dan tunjuk gengster. Macam-macam sebenarnya yang penyanyi tadi buat sebelum ini cuma jarang sekali dilaporkan. Jadi kali ini, kira buku bertemu ruaslah.

No comments:

Post a Comment